CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AI Dijangka Akibatkan 83 Juta Hilang Kerja

4-5-2023 12:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1912| Komen: 43|Original author: Tatod

Toronto: Gangguan besar akan berlaku dalam pasaran pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang apabila lebih banyak syarikat mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi global bertambah buruk, lapor Anadolu, memetik laporan terbaharu Forum Ekonomi Dunia (WEF).


AI serta keadaan ekonomi dan sosial dijangka mengakibatkan 83 juta hilang pekerjaan, dengan hanya 69 juta pekerjaan diwujudkan menjelang 2027, menurut laporan yang diterbitkan pada Ahad itu.

Ia akan mengakibatkan kerugian bersih sebanyak 14 juta pekerjaan yang mewakili dua peratus daripada pekerjaan semasa.


Laporan itu menjangkakan hampir satu perempat daripada pekerja akan bertukar kerja, terutamanya disebabkan oleh kemunculan teknologi baharu.

Penggunaan teknologi dan akses digital yang lebih tinggi juga akan mewujudkan pertambahan pekerjaan bersih namun dengan pengimbangan yang lebih besar daripada kerugian.


Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan, kekurangan bekalan dan inflasi turut menimbulkan risiko besar kepada pekerjaan.

Kemunculan AI akan mempertaruhkan banyak pekerjaan secara langsung apabila robot menggantikan manusia dalam beberapa keadaan.

Terdapat 26 juta pekerjaan penyimpanan rekod dan pentadbiran menjelang 2027, menurut WEF.

Menurut laporan itu, pada 2020, majikan percaya 47 peratus pekerjaan akan diautomasikan menjelang 2025.

Hari ini, mereka menjangkakan angka itu mencecah 42 peratus menjelang 2027.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 4-5-2023 12:18 AM
meaning that mereka yg masih gunakan cara tradisional simpan data ,  cari data semua ni dpt elakkan masalah pengangguran?
Quote kepompong 4-5-2023 12:19 AM
baru2 ni pegi chicken rice shop… yg hantar food pakai robot sudaaaa

sblm ni kat nippon sushi & the pinggan pun sama… jap lagi byk lah ye yg bertukar kpd robot
Quote anony-mous 4-5-2023 02:43 AM
Robot ni 1-2 rasa teruja lg, lama2 rasa bosan sbb xde human touch / interaction. Btw elok musk pernah warning pasal AI ni. Kesan AI lebih buruk dari nuclear
Quote kakikuDibibirmu 4-5-2023 04:28 AM
Anwar Ibrahim Dijangka Akibatkan 83 Juta Hilang Kerja
Quote ninja boy 4-5-2023 06:32 AM
tangkap dan kidnap robot penghantar makanan humban gaung
Quote Queenmastani 4-5-2023 07:16 AM
Pakcik elon dah kabo aritu..deme2 ni tknk dengo..
Quote kakikuDibibirmu 4-5-2023 07:21 AM
Bila nak naikkan caruman KWSP untuk robot meneruskan kelangsungan hidup?
Quote ultra78 4-5-2023 07:28 AM
Di Malaysia ni company lambat nak adopt teknologi baharu.
Quote ultra78 4-5-2023 07:29 AM
kakikuDibibirmu replied at 4-5-2023 07:21 AM
Bila nak naikkan caruman KWSP untuk robot meneruskan kelangsungan hidup?

Robot tak perlu cucuk vaksin. Install antivirus aje
Quote green~tea 4-5-2023 08:29 AM
OK lah.. job market mmg evolve
Quote ResellerMaxis 4-5-2023 09:36 AM
green~tea replied at 4-5-2023 08:29 AM
OK lah.. job market mmg evolve

I think for 100 job ai eliminate. Only 1 New job its created. Tu pun temporarily sahaja before been replcaed by AI juga.

So kalau 80 juta hilang kerja. may be 800k sahaja jumlah pekerjaan baru diwujudkan.
Quote kemaruk 4-5-2023 11:07 AM
GPT-5 dijangka akan mencapai AGI (artificial general inteligence) iaitu mempunyai kemampuan berfikir sama seperti manusia.. tahun depan rasanya gpt-5 available

Chatgpt yang kita pakai sekarang guna teknologi gpt-3.5 untuk free version dan gpt-4 untuk paid version

Bayangkan apa kemampuan GPT-6 dan keatas? Dijangka akan capai ASI (artificial super inteligence).. gpt-10 mungkin bukan manusia yang buat tapi AI sendiri yang reka dan mereka bakal cuba menakluk bumi

Quote komen bangkem nih 10 tahun lagi
Quote doubleharmonic 4-5-2023 11:12 AM
bila ai nak ganti menteri2 bangang tak reti buat keja hah babi
Quote mejaputih 4-5-2023 11:16 AM
kakikuDibibirmu replied at 4-5-2023 07:21 AM
Bila nak naikkan caruman KWSP untuk robot meneruskan kelangsungan hidup?

Nnt robot pun berpiket nk suh kuarkan i sinar..
Quote grouper 4-5-2023 11:16 AM
Satu company kat china dah jadikan ai sbg diorg punya ceo..hasilnya dlm 6 bulan je saham company diorg naik 10%
Quote kemaruk 4-5-2023 11:19 AM
doubleharmonic replied at 4-5-2023 11:12 AM
bila ai nak ganti menteri2 bangang tak reti buat keja hah babi

AI dah jadi perdana menteri kat malaysia dah pon

AI siap lantik geng2 penyamun jadi menteri
Quote Kitty_catz 4-5-2023 02:15 PM
kemaruk replied at 4-5-2023 11:07 AM
GPT-5 dijangka akan mencapai AGI (artificial general inteligence) iaitu mempunyai kemampuan berfikir ...

kalau bangkem dah sadakallah lagi 10 tawun

perlu ke kami warge porom cari sedekah al-fatihah kalau betoiii?
Quote kakigojes 4-5-2023 02:22 PM
kakikuDibibirmu replied at 4-5-2023 04:28 AM
Anwar Ibrahim Dijangka Akibatkan 83 Juta Hilang Kerja

Akak, ni kelakar
Quote honeybee1802 4-5-2023 03:17 PM
kemaruk replied at 4-5-2023 11:07 AM
GPT-5 dijangka akan mencapai AGI (artificial general inteligence) iaitu mempunyai kemampuan berfikir ...

Senang...bos msk2 je short instances utj report...tak yah ado dah kerani tukang buat report...haha...
Anyway AI(bukan bang non) suppose memudahkan keje manusia...tp nampak gaya sometimes ia menjadi alasan bosses utk kurangkan pekerja....

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047242 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top