CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem & Isteri Saman Stesen Minyak, Dakwa Punca Kerosakan Kereta

3-5-2023 11:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11801| Komen: 162|Original author: Tatod

Isteri penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah stesen minyak di Terengganu selepas mendakwa tidak mahu bertanggungjawab kerana atas kerosakan pada keretanya.


Kata Anis atau nama sebenarnya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri mendakwa kereta jenis Mercedes yang dinaiki bersama Haqiem tidak dapat bergerak selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Kuala Berang, Terengganu pada 17 Mac lalu.

"Ketika itu, saya hanya isi minyak kereta seperti biasa sahaja, tetapi mungkin pihak stesen tidak memeriksa tangki yang menyalurkan minyak.


"Kemudiannya, apabila kereta mula bergerak dalam 100 meter, tiba-tiba ia keluarkan tanda amaran mengenai kerosakan yang berlaku enjin.

"Kereta tiba-tiba tidak boleh bergerak di tengah lebuh raya. Malah, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku ketika kami mengisi minyak di mana-mana stesen lain.


"Nasib baik ada orang sedang membaiki jalan dan kami mencelah di kawasan itu untuk parkir kereta buat sementara waktu.

"Kami terpaksa tunggu kira-kira 4 jam sebelum trak tunda sampai untuk bawa kereta ke bengkel di Kuala Terengganu, Terengganu," dakwanya kepada BH Online.

Mengulas lanjut, Anis mendakwa, pihak bengkel memaklumkan dalam tangki minyak kereta mempunyai air yang dipercayai masuk ketika mengisi minyak di stesen berkenaan dengan kos membaikinya mencecah RM50,000.

Malah, Anis mendakwa, lebih memburukkan keadaan apabila pihak stesen minyak tidak mahu memberi kerjasama dan tidak membalas mesej yang dihantar.

"Pada 19 Mac lalu, pihak bengkel maklumkan kepada kami bahawa kereta mengandungi air yang banyak dalam tangki minyak dan anggaran kos membaikinya kira-kira RM50,000.

"Sebelum ini, pihak stesen minyak ada maklumkan, mereka mahu memberikan kerjasama, tetapi akhirnya tiada sebarang maklum balas selama lebih sebulan. Perkara itulah yang membuatkan kami marah sebab kereta ini baru sahaja digunakan dua tahun.

"Kami sudah buat laporan polis dan kes ini juga akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat. Cuma, sekarang kami masih perlu melantik peguam untuk membuat tuntutan kepada pihak stesen minyak berkenaan," dakwanya.


Dalam masa sama, Anis berharap pihak terbabit tidak mengabaikan tanggungjawab mereka kerana pelbagai kekangan yang dihadapi ketika ini akibat ketiadaan kereta.

"Sekarang kerja banyak tergendala disebabkan tiada kereta tiada, itulah satu-satunya kereta yang kami ada.

"Jadi, memang susah sekarang ini. Kami berharap pihak stesen minyak dapat bertanggungjawab terhadap isu ini," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 4-5-2023 12:21 AM
satu-satunya kereta yg ada.. retis malaysia.
Quote matjambu 4-5-2023 12:29 AM
kaya tapi 1 kete..dasyat..
Quote alieyrina 4-5-2023 12:38 AM
Tu diaaa 1 kereta ja ada
Quote Fly_over 4-5-2023 12:53 AM
ada kereta lain tak yg kena…? wartawan interview bini retis ek.. bukan retisnya.. full statement dr bini retis..
Quote sharlenetexas 4-5-2023 12:56 AM
Takkan xde 2nd car?


Quote cicicumel 4-5-2023 12:57 AM
Maksudnya,sumber tangki pam minyak tu bercampur air ke? Kesian. Seharusnya saman sis.
Quote jiwakacau06 4-5-2023 01:01 AM
ke pam diesels dlm tangki...
Quote opie5662 4-5-2023 01:03 AM
Jgn terisi diesel sudah.. Hahahhaa
Quote dolladolla 4-5-2023 01:04 AM
Tak ada kereta lain? Miskin rupanya.....
Quote woven11 4-5-2023 01:12 AM
Ade 1 kereta je? Mane kete laki ko yang menang bintang paling populer???
Quote VespaSilbe 4-5-2023 01:13 AM
Operator stesen minyak tak check tangki ke tew.. boleh kena tarik lesen khuenz
Quote Antifake 4-5-2023 01:16 AM
Aku biasa2 ni pon ada dua kete
Quote CatMiow 4-5-2023 01:25 AM
VespaSilbe replied at 4-5-2023 01:13 AM
Operator stesen minyak tak check tangki ke tew.. boleh kena tarik lesen khuenz

La ye ke? Tahun bila tah, labuan berjemaah kereta sadai lepas keluar stesen minyak, sebab pam minyak kat 1 stesen, rasanya pengguna  pam sama. Elok beroperasi lagi stesennye.
Yang ni kes pelik sebab dia je ke yang kene?
Quote babynina30 4-5-2023 01:29 AM
Takde pon viral org lain pon terkono ?
Kalau ada, harap tampil ke depan
Quote VespaSilbe 4-5-2023 01:50 AM
CatMiow replied at 4-5-2023 01:25 AM
La ye ke? Tahun bila tah, labuan berjemaah kereta sadai lepas keluar stesen minyak, sebab pam miny ...

Iols pun ingat2 lupa kena tarik lesen ke denda..
Selangor pun dulu ada kes ramai2 tersadai tak sempat masuk highway kat Awan Besar


Quote CatMiow 4-5-2023 06:20 AM
VespaSilbe replied at 4-5-2023 01:50 AM
Iols pun ingat2 lupa kena tarik lesen ke denda..
Selangor pun dulu ada kes ramai2 tersadai tak se ...

Maksudnya boleh la direport, atau atomatik akan d denda?
Quote nuryakmal 4-5-2023 07:33 AM
Merc kan kalau rosak ada kereta ganti Buat sementara they repair?
Quote princessmiang 4-5-2023 07:43 AM
Kete lain kena tak??laki bini sewel
Quote aikee04 4-5-2023 07:46 AM
Bila byk kete kata menunjuk...bila ada 1 kete je kata miskin...ada je yg nak komen -ve
Apa pun simpati je la...

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042321 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top