CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kebenaran Akan Terbukti, Hati-Hati Dengan Fitnah'- Miera Liyana

3-5-2023 11:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10317| Komen: 139|Original author: Tatod

Kuala Lumpur: Pelakon Miera Liyana menegaskan ada dua cerita di sebalik setiap kontroversi yang timbul.

Tanpa menyebut sebarang nama, Miera turut berharap individu berkenaan agar tidak ghairah mengejar populariti.



"Sentiasa akan ada dua penjelasan di sebalik setiap cerita. Jangan hendak gila glamour (populariti). 

"Suatu hari nanti anda juga pasti akan mengetahui kebenaran dan berhati-hatilah dengan fitnah akhir zaman. 

"Sekian dari Miera Liyana, ok selamat tinggal semua! Hendak masak untuk suami dan anak," tulisnya menerusi Instagram Story.


Terdahulu, anak tiri kepada Miera iaitu Nur Izzah mendakwa, bapanya, Rosland Othman berubah sikap selepas berkahwin dengan pelakon wanita itu pada Julai 2020, justeru tidak menyimpan perasaan kesal apabila tidak bertegur sapa ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pelantikan wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pagi tadi.


Nur Izzah yang juga anak sulung dari lima beradik itu berkata, dia sudah tentu sedih sekiranya perceraian adalah jalan terakhir kepada kemelut rumah tangga ibu bapanya, namun reda dengan ketentuan Allah.

Rosland hadir ke mahkamah ditemani adiknya, Kamarul Othman serta ibu dan abang kepada Miera Leyana, Aisah Abdullah dan Mohd Fadley Kasmi.

Bagaimanapun, Rosland berlalu pulang, enggan ditemubual selepas prosiding pelantikan JKP.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan Rosland dan isteri pertama, Adibah merujuk JKP bagi menangani krisis rumah tangga mereka.

Sebelum ini, permohonan cerai difailkan Rosland pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Media ada melaporkan, Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak dua tahun lalu, apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.

Pada 31 Januari lalu, Rosland yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik, gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 3-5-2023 11:31 PM
"Nak masak jap utk husband n anak2"

Ehh perlu ke???? Nak bangga dgn husband yg ko rampas dari org lain? Busuk!
Quote Purplehaz 3-5-2023 11:43 PM
Ni namanya statement pijak kepala. Nasib ko miera bermadu dgn Kak adibah yg lembut...kalauu madu kau ialah p.sarah ..harus huru hara hidup ko laki bini.
Quote keys 3-5-2023 11:47 PM
Kak Adibah jugak yg classy. Jatuh bangun bersama lelaki yg pada mulanya tiada apa2. Bijak plak tu. Kau apooo??
Quote doubleA 3-5-2023 11:50 PM
Teruk tol peel ML ni, ko pun sendu ko ingat ko glamer ke, sesuai la dgn org tua land tu. Tok kertu tu pun tak suka bini sampai ke anak buat musuh, pelik tol peel
Quote beatgirlX 3-5-2023 11:53 PM
Betul la tu... We wait and see kebenarannyaaa.. Go for it kak Dibah
Quote penmerah 3-5-2023 11:55 PM
Kifarah Tu Ada
Takmo doakan tak baik utk anak ko
Ko tunggu nasib ko Dan laki ko

Moga cepat table turn Dan mereput ko sampai lubang kubur

Jahat punya jantan taguna
Quote amarakasih 3-5-2023 11:58 PM
Purplehaz replied at 3-5-2023 11:43 PM
Ni namanya statement pijak kepala. Nasib ko miera bermadu dgn Kak adibah yg lembut...kalauu madu kau ...

Kannnnn…ada baik nya kehebatan PS tu hehehe
Quote sharlenetexas 4-5-2023 12:01 AM
Ayat stended penyondol.


Quote gerbera.memopad 4-5-2023 12:17 AM
Senyaplah bini ke2 oi!
Quote asfaz 4-5-2023 12:28 AM
Screenshot_2023-05-03-23-34-57-94_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg
Quote Mamioomami 4-5-2023 12:33 AM
Go kak adeeb. Kemain ek ML pusing macam dia pulak jadi mangsa.
Quote Fly_over 4-5-2023 12:42 AM
playing the pitnoh card..
Quote Fly_over 4-5-2023 12:44 AM
Edited by Fly_over at 4-5-2023 09:04 AM
matjerk replied at 3-5-2023 11:31 PM
"Nak masak jap utk husband n anak2"

Ehh perlu ke???? Nak bangga dgn husband yg ko rampas dari org l ...


anak pun bela sorg je. bela semua anak laki tua tu… mau tak mau… nafkah pun kena claim pakai resit. ceiiii..
Quote Nham22 4-5-2023 12:52 AM
Xpaham.. Kenape die buat mcm tu sekali kat anak2x dan isteri... Lebih dr 30t kahwin... Teruk sgt ke kak deb sampai sanggup aniaya isteri dan anak2x camtu sekali
Quote bondeh 4-5-2023 01:01 AM
Aiyoooo budak tek berangin nih kemain dahlah SPM melingkop
Quote Samerosie 4-5-2023 06:36 AM
Roa lan ros lan anak kau ramai tspi semua perempuan.. kau mati adik beradik kau yg kenyang.  Jgn lah kedekut nafkah anak2 dgn bini pertama tu.
Quote becir 4-5-2023 07:17 AM
Silap hb malam2 pak land masuk bilik mak mertua..

Quote Fazzbulous 4-5-2023 07:20 AM
mendbik dada sgt land..jgn nnti Allah tu turunkn sakit @ trik nyawa ko dlm keadaan ko tak sedia,bru tauuu...huhuhu
Quote honeybee1802 4-5-2023 07:27 AM
Pitenoh gaper kalo dah reporter sendiri nampak cik land lnasung tak tegur anak2 dr bini 1st....apa ke kalo dah hilang upaya besok baru nak nak panggil?pehtu kalo anak tak mai nak cop anak tu durhaka?

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.044263 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top