CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kubur Dipasang Gril, Siap Ada 'Padlock', Penduduk Tempatan Dedah Kisah Sebenar

3-5-2023 11:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1854| Komen: 16|Original author: Tatod

Sekeping gambar memaparkan sebuah kubur yang dipasang gril dan dikunci menggunakan kunci mangga (padlock) menjadi tular di media sosial, sekaligus menimbulkan tanda tanya warga maya.

Terdahulu, gambar tersebut dikongsikan oleh satu akaun bernama Harris Sultan, dan ia menjadi viral di Twitter.


Dalam perkongsiannya, individu tersebut menulis pada ruangan kapsyen bahawa kubur tersebut terletak di Pakistan.


"Pakistan telah mewujudkan masyarakat yang terangsang dan kecewa secara seksual sehingga orang ramai memasang kunci pada kubur anak perempuan mereka untuk mengelakkan mereka daripada dirogol," tulisnya.

Ciapan tersebut kemudian menjadi tular selepas sebuah portal menulis mengenainya, melaporkan bahawa ibu bapa di Pakistan terpaksa memasang kunci pada kubur anak perempuan mereka untuk mengelakkan menjadi mangsa rogol.

Laporan portal berkenaan turut mengaitkan kes nekrofilia (perbuatan seksual yang melibatkan mayat) semakin meningkat di negara tersebut.


Bagaimanapun, informasi berkenaan kemudian disanggah oleh warga maya yang menafikan laporan portal berkenaan dan ciapan asal yang didakwa tidak tepat.

Difahamkan, gambar kubur tersebut bukanlah di Pakistan, sebaliknya ia adalah gambar sebuah kubur di Telangana, India.

Gril dan kunci dipasang bertujuan menghalang orang lain daripada mengebumikan mayat di dalam kubur tersebut.

"Kubur yang 'terkunci' itu terletak di India dan bukan di Pakistan. Keluarga seorang wanita berusia 60 tahun mengunci kubur itu dengan gril besi untuk melindungi tempat tersebut, menurut penduduk tempatan," demikian ciapan seorang netizen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 3-5-2023 11:13 PM
Org yg suka reka2 cerita ni, xtau la apa yg ada diminda mereka. Reka cerita sampai tersebar tu.
Quote _blackbird 3-5-2023 11:29 PM
Hidup susah mati pon susah. Dah mati masih terheret jadi mangsa pitenoh
Quote slyfynx 4-5-2023 12:12 AM
Aku benci orang yang amik gmbr dr internet, pastu buat cerita sendiri.
Ade gmbr kucing peluk kasut, buat la kisah tuan die mati dalam kasut tu.
Nmpk gmbr lembu makan rumput, buat kisah keramat sb rumput tu sentiasa ada setiap hari untuk lembu tu.
Quote kepompong 4-5-2023 12:16 AM
slyfynx replied at 4-5-2023 12:12 AM
Aku benci orang yang amik gmbr dr internet, pastu buat cerita sendiri.
Ade gmbr kucing peluk kasut,  ...

mastika modern kihkihkihhhh
Quote kakikuDibibirmu 4-5-2023 12:17 AM
Bakar mayat tersenyum sinis
Quote Highflyer19 4-5-2023 01:02 AM
slyfynx replied at 4-5-2023 12:12 AM
Aku benci orang yang amik gmbr dr internet, pastu buat cerita sendiri.
Ade gmbr kucing peluk kasut,  ...

Atau bergambar dpn twin towers org ckp PATI padahal org tu dok bukit beruntung…ikut rombongan grup whatsapp rukun tetangga taman je pun…
Quote SalenaGomez 4-5-2023 06:27 AM
slyfynx: Aku benci orang yang amik gmbr ...


Semua pasal content…lagi gempak cerita tu lagi viral lagi byk dpt duit…Zaman sekarang menipu tu dah jadi perkara biasa. Dah dinormalkan…akhir zaman…menipu tu bagus
Quote asfaz 4-5-2023 06:43 AM
slyfynx replied at 4-5-2023 12:12 AM
Aku benci orang yang amik gmbr dr internet, pastu buat cerita sendiri.
Ade gmbr kucing peluk kasut,  ...

Kawan asben ai,teman kawan pergi pejabat agama. Anak melalak kat luar.
Org tangkap gbr /video up kat fb kata kesian anak merana sb mak ayah bercerai. Ai pun ada nmpk jugak video tu lalu. Maka beramai2 la org maki makbapak

Sekali rupanya member asben .dia ckp malu betul walhal anak dia melalak sb nak hp main game. Main amik aje gbr/video pastu sebar. Jahat org macam ni. Nak harapkan pujian Dan like aje
Quote liyamariska 4-5-2023 06:55 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...

Quote nurkasih74 4-5-2023 07:02 AM
Inilah yg dikatakan fitnah akhir zaman.. kita kena baca doa selalu supaya dielakkan drp terkena fitnah akhir zaman..
Quote kakikuDibibirmu 4-5-2023 07:25 AM
nurkasih74 replied at 4-5-2023 07:02 AM
Inilah yg dikatakan fitnah akhir zaman.. kita kena baca doa selalu supaya dielakkan drp terkena fitn ...

Dan juga doa mintak dijauhkan fitnah mahya wal Mamat, Mamat tu yang selalu menyusahkan orang tu:
Quote ultra78 4-5-2023 07:41 AM
Population India sekarang sudah mengatasi China. Penduduk paling ramai atas dunia ni skrg adalah India.
Quote Thunderclouds 4-5-2023 11:23 AM
What to do.
Kuat pengaruh mastika sampai la ni org masih terpesona ngn karangan fantasi.
Kisah nabi yg xwujud pon ostard bole reka² & org fell for it hook line & sinker.
Akal Allah bg malas nk guna.
Quote Meiizu 4-5-2023 11:36 AM
asfaz replied at 4-5-2023 06:43 AM
Kawan asben ai,teman kawan pergi pejabat agama. Anak melalak kat luar.
Org tangkap gbr /video up  ...

Adoii aku risau betul zmn skrg cepat sungguh ambik gmbr...tak selesa wehh muka kita masuk video sape2 tah
Quote rogayahtop 4-5-2023 12:32 PM
mmg ramai manusia yg post demi nak views je, dekat mana2 pun sama. kalu bawak makcik keluar jalan2 pun takut psl makcik akak sorang ni berwheelchair kalau tinggal luar surau switch dgn sepupu nak solat pun ada la yg dok merekod tah pasal apa tah. macam tak pernah jumpa makcik2 pakai wheelchair gamaknya. sepupu akak ckp yg merekod tu pulak jantan duk sebuk bersembang dgn makcik nak buat konten gamaknya sampai makcik akak bgtau anak buah sorang lg tgh solat yg ni pun anak buah.

Quote slyfynx 4-5-2023 12:57 PM
asfaz replied at 4-5-2023 06:43 AM
Kawan asben ai,teman kawan pergi pejabat agama. Anak melalak kat luar.
Org tangkap gbr /video up  ...

Yes, and aku benci jugak umat2 yang mudah terpedaya dengan dakyah2 ni.
Terus je memaki tanpa tau cerita sebenar.

Yang menunggang agama satu hal jgk.
Betul, puji keindahan ciptahan tuhan.
Tp x yah la nk tmbh kisah2 nonsense

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.033769 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top