Pengasas rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah susulan kes penderaan remaja sindrom down iaitu Bella, 13. Susulan keputusan akhir Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memutuskan Siti Bainun Ahd Razali bersalah susulan kes penderaan remaja sindrom down iaitu Bella, 13, pelakon Anne Ngasri menitipkan doa semoga urusan pengasas rumah Bonda itu dipermudahkan.
Dalam hantaran di Instagram, Anne memuat naik foto bersama Siti Bainun di hadapan Kaabah dan menasihati orang ramai supaya berkata yang baik-baik dan tidak menjatuhkan hukum. Menjengah di ruangan komen, ada segelintir yang bersetuju dengan nasihat Anne, namun tidak kurang juga yang mengkritik tindakannya memuat naik hantaran sebegitu. Bagaimanapun, Anne kemudian menutup ruangan komen pada hantaran itu. Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memutuskan Siti Bainun bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella hingga berlaku kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. Susulan itu, Siti Bainun dijatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. Sumber: Xtra |
azimodin replied at 3-5-2023 06:16 PM
Ramai jugak penyokong benon ek?
dudaberhias replied at 3-5-2023 07:21 PM
Dengan gergasi gitu pun ko sanggup bergambar dan jilat yach.... Dah la tak herlok...
Semoga kau pul ...
Afie13 replied at 3-5-2023 08:07 PM
Geng2 umno kan mmg gitu semua x cerdik
Hoola replied at 3-5-2023 07:41 PM
ko diam la anne oii
sapalah kita utk mnghukum kejadahnyaaa???
dah kena jth hukum dh hoii hari niiiii ...
ADVERTISEMENT