CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tanggung 75 Sengatan Lebah Demi Selamatkan Dua Anak

3-5-2023 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 462| Komen: 1

Seorang ibu sanggup berkorban demi dua anaknya dan menerima berpuluh sengatan lebah.

Dalam kejadian 30 April lalu ketika tiga beranak berkenaan ke Lembah Buckeye, Arizona untuk mengambil gambar keluarga, tindakan pantas wanita itu 'menyembunyikan' dua anaknya dalam kenderaan, berjaya menyelamatkan mereka daripada terkorban.



TANGKAP layar daripada video dikongsi AFMA menunjukkan pasukan keselamatan menggunakan buih untuk mengawal serangan lebah.

Bagaimanapun, wanita dari Arizona, Amerika Syarikat itu terpaksa menanggung 75 sengatan sendirian, sebelum diselamatkan pasukan keselamatan.

Ibu kepada wanita itu menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan kejadian, sebelum Pihak Berkuasa Bomba dan Perubatan Arizona (AFMA) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Buckeye ke lokasi.

"Tindakan pantas wanita itu menyelamatkan dua anaknya daripada disengat.


"Dia meletakkan mereka di dalam kereta dan kemudiannya terkena sengatan berkenaan.

"Mangsa dihantar ke hospital dengan 75 sengatan tetapi syukur dia selamat. Anggota menggunakan buih untuk menenangkan lebah dan menyelamatkan kanak-kanak itu dari dalam kenderaan," kata AFMA dalam hantaran Facebook.

Menurut audio kecemasan yang dikeluarkan seiring video itu, ibu kepada wanita berkenaan memaklumkan anaknya gagal memasuki kenderaan akibat serangan lebah.

AFMA turut berkongsi tips berhadapan serangan lebah dengan kuncinya adalah memasuki kawasan selamat, berlari secara lurus ke satu arah, menutup muka dan mendapatkan perlindungan.

"Jangan memasuki kawasan berair dan jangan melawan lebah," menurut AFMA.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tahanie 3-5-2023 08:31 PM
Kasihnya ibu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.029603 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top