Seorang penuntut wanita, Julea Qiestyna Abu Zar mengharumkan nama negara selepas mendapat mengiktirafan antarabangsa berikutan meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Rakaman Transaksi Kewangan (FA1), sesi Mac 2023.
Pelajar semester kedua ACCA FIA Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Perak, Julea Qiestyna melakar kejayaan dengan memperoleh markah 98 daripada 100 iaitu tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi dunia bagi peperiksaan FA1 sesi Mac 2023. Julea Qiestyna meluahkan rasa bangga memperoleh markah setinggi itu di samping mengakui tiada petua tertentu yang diamalkan. “SAYA SENDIRI TAK SANGKA BERJAYA MENDAPAT MARKAH SEBANYAK ITU KERANA PERSEDIAAN YANG DIBUAT UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN ITU SAMA SEPERTI RAKAN-RAKAN YANG LAIN. “APA PUN MEMANG SAYA BANGGA KERANA MENJADI RAKYAT MALAYSIA PERTAMA DAN YANG KEDUA DI DUNIA MEMPEROLEH MARKAH TINGGI SEPERTI ITU,” KATANYA.
Berita membanggakan itu dikongsikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak menerusi laman sosial Facebook rasmi. Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak, Farah Fatzel turut mengucapkan tahniah atas kejayaan pelajarnya. “ALHAMDULILLAH SETINGGI-TINGGI SYUKUR KEPADA ALLAH, TAHNIAH BUAT ANAK DIDIKKU, JULEA QIESTYNA ATAS PENCAPAIAN YANG SANGAT MEMBANGGAKAN INI. SEMOGA JULEA TERUS CEMERLANG DALAM PERJALANAN ACCA NANTI. I KNOW SHE WILL!,” TITIPNYA. Loading FB Post... Loading FB Post... Warga maya menzahirkan rasa bangga pencapaian diraih Julea Qiestyna dan berharap kecemerlangan itu menjadi inspirasi buat pelajar lain. Sumber: Sinar Plus
|
tahanie replied at 3-5-2023 08:33 PM
Hebat anak watan kita. Tahniah Julea. Bijak lagi cantik
ADVERTISEMENT