CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Tak Sanggup Tengok Madu Miera Liyana Derita, Jumpa Di Mahkamah Pun Ayah Tak Tegur

3-5-2023 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10987| Komen: 213

"Kalau berpisah pun mungkin bagus untuk ibu saya kerana selama ini dia telah banyak menderita sedangkan ibu tidak bersalah."

Anak tiri Miera Liyana, Nur Izzah Rosland meluahkan rasa kesal atas segala permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga ibu bapanya.


Kata Izzah, 26, bapanya, Rosland Othman mula menunjukkan perubahan sikap selepas berkahwin dengan aktres berkenaan pada Julai 2020.



"Sebagai anak memanglah sedih dan kecewa. Kalau ada jalan penyelesaian itu bagus untuk mereka (ibu dan bapanya)," katanya kepada mStar.

Izzah ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur kerana menemani ibunya Adibah Abdul Mutalib, 50, bagi proses lantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada Rabu.

Semasa sesi JKP itu, Rosland, 50, juga dilihat tidak bertegur dengan anaknya meskipun mempunyai peluang berbuat demikian.

Rosland hanya berlalu pergi meninggalkan mahkamah tanpa memberi sebarang komen berhubung isu rumah tangganya.




"Saya tidak rasa apa-apa pun (tidak ditegur bapa). Mungkin dah biasa. Saya pun lebih tenang tidak bercakap dengannya. Dia sudah banyak berubah. Ayah saya yang dulu bukan lagi seperti sekarang ini," ujarnya.

Tambah Izzah lagi, sudah lama mereka tidak berhubung dan bapanya telah menyekat nombor telefon sejak Februari lalu.

Izzah selaku anak sulung bagaimanapun tetap akan memberikan sokongan kepada ibunya sepanjang berdepan kemelut rumah tangga ini.

"Saya tak berhubung dengan ayah. Dia dah 'block' saya sejak Februari lalu.

"Kami anak-anak sentiasa memberi sokongan kepada ibu. Saya juga sentiasa ingatkan dia supaya menjaga kesihatan mental," jelasnya.

Dalam persidangan tersebut, Adibah melantik abang sulungnya iaitu Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP, manakala Rosland pula diwakili oleh adiknya Kamarul Othman.

Rosland turut ditemai abang dan ibu Miera ketika hadir ke mahkamah.

Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sementara itu Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 3-5-2023 07:28 PM
Semoga allah swt lindungi kita semua dan dipermudahkan urusan mereka sekeluarga. Semoga yang dapat jalan yang terbaik untuk mereka.
Quote Fly_over 3-5-2023 07:39 PM
apake fundek mak dgn abg penyondol mengekor sampai ke mahkamah dr haritu ?
Quote dudaberhias 3-5-2023 07:48 PM
memang jebawok punya jantan...
semoga kena kifarah ala2 tanah kubur versi indonesia...
tak nak yang tanah kubur malaysia sebab balik2 mati muka jadi hitam, kubur sempit dan ular keluar kot celah lubang kubo... choiiii ko hengat orang dah mati heran ke jadi gitu....

harap2 masa nak kuburkan nanti jadi persis sinetron tanah kubur indon tu...

masa mati mayat tergolek2 masuk dalam pembancuh simen... lepastu berpusing2 macam naik ferris wheel dan terpelanting plak masuk bendang...

boleh la si miera tu claimmm arwah lakinya rajin kerja orangnyaaa... dah mati pun gigih dok membancuh simen dan membajak bendang...

padahal anak2 je tahu.... kalau iols jadi anak dia... iols dah siram air coca cola atau aiskrim soda masa melawat kubur tiap2 hari raya pertama... biar menggelegak badan arwah dan bergentayangan...

Quote putericahaya999 3-5-2023 07:55 PM
Ayah apa blok anak ni
Quote Purplehaz 3-5-2023 08:01 PM
Bencinya dia kat anak anak yg semuanya perempuan. Tegur anak pun taknak..telefon pun tidak..ker rasa malu dan bersalah yg teramat..atau mau tutup Buku selamanya. Benci mak jgnlah benci anak skali.
Apa punya manusialah.

Ambik terus anak yg ke4 tu pun rasenya takmau terus ada kaitan dgn bini no.1.
Dlm byk kes2 cerai, si rosland ni yg teruk.
Quote sharlenetexas 3-5-2023 08:04 PM
Fly_over replied at 3-5-2023 07:39 PM
apake fundek mak dgn abg penyondol mengekor sampai ke mahkamah dr haritu ?

Adakah mereka bewak?

Quote Purplehaz 3-5-2023 08:05 PM
dudaberhias replied at 3-5-2023 07:48 PM
memang jebawok punya jantan...
semoga kena kifarah ala2 tanah kubur versi indonesia...
tak nak yang  ...

hahahaaa..

Siram air sirap.pun ok...merah jer
Quote Masukkeluar 3-5-2023 08:07 PM
jantan keparak! prmpuan penyondol!
serius laa aku benci 2 makhluk ni. si mira lieyana smoga melingkup. kesian kak dib. ssh sng bersama dgn laki zero smpai kaya raya. bila dh kaya ko buang bini pi kejar si mira yg gigi bersepah tu.
malu la wei miraa adik ko siap dpt kerabat..ko mmpu caras laki org je.
Quote 3chanceno 3-5-2023 08:08 PM
Teruknya perangai  paling tak boleh hadam,mak & abang bini kedua pun ada

Kesian anak2 dgn 1st wife
Quote becir 3-5-2023 08:15 PM
Takde ke ustaz lebai mana nak tegur? Yelah, bukan isu berat membabitkan aurat kan?
Quote edoraixora 3-5-2023 08:20 PM
Kenapa mak miera tu asyik menyibuk
Hari tu anak diaorg masuk hospital pun, mak miera ni menyibuk tak bagi mak kandung lawat
Mmg kena mandrem ke apa nih
Quote Kebabomb 3-5-2023 08:21 PM
Lembu di cucuk hidung kah? Dengan anak sendiri pun tak bertegur…
Quote NotYou 3-5-2023 08:22 PM
Eh muka tak malu nye mak mertua and abg ipar si rosland ni..blh pulak sibuk nak teman2 kan si jantan ni turun naik court mcm jantan ni budak baru tumbuh bulu pulak kau nak teman jaga dia...makcik ni tak ingat kubur ke bersubahat menganiaya isteri and anak2 jantan ni
Quote edoraixora 3-5-2023 08:22 PM
Nasiblah anak tu perempuan, nak taknak kena carik ayah jugak utk jadi wali
Kalau anak lelaki, agaknya dah doa bapak boleh pegi melingkup ngan family baru, putus hubungan terus
Quote edayildiz 3-5-2023 08:26 PM
apo ayah blok ank..pening la..nape mak dia x agree jer utk cerai..mls nk pening pening dah tua kan..nape sampai mcmtu pakcik ni lps dpt poen muda
Quote soy_beans 3-5-2023 08:28 PM
Die amik anak bongsu dari mak nya tu. Kesian nya wife dia. Permata hati anak bongsu ni.
Quote tomaz 3-5-2023 08:30 PM
Kalau ko jatuh sakit terdampar terlantar harap ko x cari anak2 suruh jaga.. ko igt bini muda ko nak jaga org tua terlantar.. menyampah aku laki gini.. dpt bini baru sampai anak2 kene buang
Quote naina 3-5-2023 08:40 PM
Teruk sangat ni sampai anak pun kena block
Orang lain mencurang pun anak2 tetap nak rebut
Kesian eh kena buang terus walaupun sudah 20 tahun kawen. Ni yang iols takutkan..sekarang memang happy..Sama2 susah. Risau dah tua2 buat perangai. Ishh Nauzubillah min Zalik
Quote jihyomelly 3-5-2023 08:43 PM
apa punya bapak..darah dgg sendiri buat gitu…hanat betul org perangai gini!!!!

Lihat semua komen(213)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.255789 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top