Ustaz Mohamad Wadi Annuar mencabar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) memfailkan saman berhubung kenyataan media dikeluarkan penceramah bebas itu yang didakwa jauh tersasar dari kejadian sebenar.
Ustaz Wadi Annuar membuat cabaran itu menerusi sesi Facebook Live hari ini bagi menjelaskan apa yang berlaku pada sesi rakaman keterangan yang gagal dijalankan pihak JAIPs, semalam. Menurutnya, pihaknya sudah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan perkara yang berlaku semasa pihaknya tampil untuk dirakam keterangan, namun penjelasan itu disangkal Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim. Menurutnya, sepanjang proses rakaman percakapan itu semua perbualan dirakam secara audio dan video yang patut disiarkan supaya masyarakat boleh menilai sendiri perkara sebenar yang berlaku. "Saya cabar JAIPs siarkan rakaman video itu tanpa diedit…saya cabar JAIPs keluarkan kenyataan rasmi terutama pengarah yang malam tadi menafikan kebenaran kenyataan media bertulis dari saya.
"Saya juga cabar JAIPs untuk menyaman sivil terhadap saya atau mana-mana individu terbabit sekiranya apa yang kami laporkan dalam kenyataan media pada 2 Mei tidak benar, jauh tersasar," katanya. FB Semalam Harian Metro melaporkan, sesi rakaman percakapan Ustaz Wadi Annuar di pejabat JAIPs di Kangar, Perlis gagal susulan barisan peguamnya tidak dibenarkan tampil bersama. Pendakwa itu dipanggil untuk dirakam percakapan berhubung program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar yang diadakan di Markas Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Kangar, Perlis 28 Mac lalu. Ustaz Wadi yang ditemani dua peguam, Mohd Jamil Yaacob dan Mohamad Kamarulzaman Jusoh tiba sekitar jam 10 pagi sebelum dibenarkan memasuki pejabat JAIPs sekitar jam 10.30 pagi, semalam. Mohd Jamil yang mewakili Ustaz Wadi dilapor berkata, anak guamnya memenuhi arahan untuk tampil ke pejabat JAIPs seperti yang dijanjikan namun haknya untuk khidmat peguam semasa sesi temubual dinafikan. Sumber: Harian Metro
|
kakikuDibibirmu replied at 4-5-2023 10:17 PM
Ustaz pujaan PMYT Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis ...
noor2 replied at 4-5-2023 08:32 PM
Aku sokong ustaz wadi ni...jaip sila telus...siarkan rakaman tanpa edit...
stingerbumpy replied at 5-5-2023 08:00 AM
Main cabar cabar lebih pada budaya rempit makrip.......tak melambangkheun kedudukheunnyer sebagai ...
noor2 replied at 5-5-2023 08:07 AM
Ok..acceptable...
stingerbumpy replied at 5-5-2023 08:09 AM
Sekurang kurangnyer tunjukkheun ler teladan yg baik...jgn mudah menggelupur...ko ceramah kehulu hi ...
pengecatbintang replied at 5-5-2023 08:28 AM
so, JAIP..
tunjuk ler bideo tanpa diedit tu..
toynme replied at 5-5-2023 08:34 AM
heran juga...kemain keras 2 belah pihak....wadi pun masuk rumah org pun tak ikut rules...maza pun ...
ADVERTISEMENT