CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Pesakit Sawan Positif Ketum

3-5-2023 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 917| Komen: 13

Penagih air ketum berpotensi diserang sawan. Perkara itu didedahkan Timbalan Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Zaidi Zakaria.

Katanya, terdapat ramai pesakit dimasukkan ke hospital akibat sawan didapati ujian air kencing positif ketum dan mereka dikenal pasti terlibat penagihan minuman tersebut.



Gambar hiasan - Bernama

"Sebelum ini kita telah menerima beberapa kes penagih ketum terkena serangan sawan dan ada dalam kalangan mereka terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Pengambilan berlebihan ketum dalam tempoh yang lama boleh memberikan kesan kepada sel-sel otak.

"Bila sel-sel otak mengalami kerosakan ia boleh menyebabkan penagih ketum ini bertindak di luar jangkaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Bahaya Penagihan Ketum di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa di sini pada Rabu.



Dr Zaidi (tengah, dua dari kiri) bersama antara peserta Seminar Bahaya Penagihan Ketum di SMK Bukit Jawa, Pasir Puteh pada Rabu.

Menurut beliau, kerosakan tersebut turut berpunca daripada campuran bahan-bahan yang digunakan seperti ubat batuk, ubat nyamuk dan lain-lain bahan yang dicampurkan untuk mengurangkan rasa pahit serta membangkitkan rasa 'khayal' semasa pengambilan ketum.

Ujarnya, pada masa sama penagih ketum akan mengalami kesan gian seperti menggigil, rasa lemah, tidak bermaya, hidung berair dan tidak senang duduk sekiranya 'terputus' bekalan.

Dr Zaidi berharap golongan ibu bapa dan masyarakat dapat mengambil serius perkara berkenaan kerana kesan pengambilan ketum amat buruk jika tidak dibendung dengan sebaik mungkin.

"Penganjuran seminar ini merupakan usaha kami untuk memberikan penerangan jelas berkait dengan bahaya penagihan ketum yang boleh mendatang mudarat," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 3-5-2023 05:57 PM
Kertas Putih KJ tersenyum sinis
Quote salimrock 3-5-2023 05:58 PM
Edited by salimrock at 5-5-2023 08:51 AM

2 kali post pula
Quote salimrock 3-5-2023 05:59 PM
mentang 2 la ketum tak di haram kan dlm holy book, maka berbondong2 la ummah meminum nya..

Quote kakikuDibibirmu 3-5-2023 06:01 PM
mentang 2 la ketum tak di haram kan dlm holy book, maka berbondong2 la ummah meminum nya..
Quote kakikuDibibirmu 3-5-2023 06:01 PM
mentang 2 la ketum tak di haram kan dlm holy book, maka berbondong2 la ummah meminum nya..
Quote plywood 3-5-2023 06:06 PM
aku pernah minum air ketum tapi tak rasa apa-apa kesan lalok ker apa. .. rasa kesan dia mcm herba biasa, terasa badan ada tenaga, tu jerlah..barangkali sebab minum skt kot..

Quote Samerosie 3-5-2023 06:47 PM
Edited by Samerosie at 3-5-2023 06:49 PM

Beksin cobid punya pasal ketum lak dapat nama.  Kan derang minum ketum detox beksin tuh..sawan2 tu semua aefi beksin.  Tak lama lagi derang akan meninggal accident sbb bawa motor laluk sampai langgar belakang lori ... tapi tu semua start dia dr kena enjek beksin .. chiple la korang semua nih.
Quote naina 3-5-2023 11:56 PM
kakikuDibibirmu: mentang 2 la ketum tak di hara ...



Hahaha bongokla Senah ni copy paste orang
Quote naina 3-5-2023 11:57 PM
plywood replied at 3-5-2023 06:06 PM
aku pernah minum air ketum tapi tak rasa apa-apa kesan lalok ker apa. .. rasa kesan dia mcm herba bi ...

Yang atas tu sebab dah campur bahan2 pelik
Kalau ori dari daun yg direbus ok kot..
Quote bulanbulat 4-5-2023 08:13 AM
Tak tahu la pulak i, ketum ada urine test
Quote hayrin86 4-5-2023 09:41 AM
Tidak mustahil ketum seperti dadah dan arak juga mampu mengundang isu kesihatan yang lebih serius termasuk sawan..
Quote Omai 4-5-2023 11:45 AM
ramai betul yang amik ketum ni.. aku paling benci/ menyampah kalau nak berurusan dengan dorang ni.. rasa jijik sangat tengok, dengan mata dia, dengan gaya muka dorang.. eee menyampah la senang cite dengan orang amek ketum ni.
Quote Perwira2022 4-5-2023 12:10 PM
salimrock replied at 3-5-2023 05:58 PM
mentang 2 la ketum tak di haram kan dlm holy book, maka berbondong2 la ummah meminum nya..

Holybook dah kata apa2 yg memudaratkan diri hukumnya haram

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.158886 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top