Tak nak mengeruhkan keadaan, Datuk Hattan memilih untuk terus berdiam diri. Hattan berkata, rentetan apa yang berlaku, beliau kian mengenali siapa kawan, siapa lawan dalam industri.
“Saya tak nak cakap dengan sesiapapun berhubung isu yang berlaku. Buat masa sekarang, begini sahajalah. Nanti ada masa, saya jemput kawan-kawan rapat makan, jumpa bersama. “Apa yang berlaku tempoh hari buat saya kian kenal ramai rakan sebenarnya suka tikam belakang. Tapi tak mengapa. “Kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Saya sibuk sekarang. Alhamdulillah. ‘Show’ macam ada walaupun isu yang berlaku,” katanya kepada Kosmo. Ditanya tentang kesihatan mentalnya atas kontroversi yang terjadi, jawab pelantun lagu Biso Bonar itu: “Saya okey sahaja. Biarlah apa yang berlaku, berlalu. Bagi reda dahulu. “Nanti dah okey sikit, saya akan bagi kenyataan dan bertemu dengan kenalan-kenalan rapat yang saya percayai.”
Terdahulu, nama Hattan, 59, memanas sekali gus menjadi polemik selepas insiden menempelak atau menyekolahkan seorang penyampai berita Astro Awani yang didakwanya tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan. Disebabkan insiden terbabit, Hattan menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen yang menyifatkan dirinya tidak beradab. Penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu menerima ugutan bunuh dan santau daripada individu tidak bertanggungjawab menerusi mesej diterima isterinya, Arianie Abidin dalam Instagram. -CARI Sumber: Kosmo
|
dudaberhias replied at 3-5-2023 05:59 PM
bagus la ko dah kenal... sebelum ko yang tikam belakang dorang...
dasar jebawok ego suka makan maso ...
dudaberhias replied at 3-5-2023 05:59 PM
bagus la ko dah kenal... sebelum ko yang tikam belakang dorang...
dasar jebawok ego suka makan maso ...
ADVERTISEMENT