CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kotor Dan Menjijikkan, Guna Logo Halal Mengelirukan-Rumah Sembelih Ayam Di Pulau Pinang Diserbu

3-5-2023 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 493| Komen: 2

BALIK PULAU – Sebuah rumah yang dijadikan sebagai pusat penyembelihan ayam di Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar di sini diarah tutup selama dua minggu selepas didapati beroperasi dalam keadaan tidak bersih selain dipercayai menggunakan logo halal yang mengelirukan.


Dalam operasi tersebut, turut ditemui adalah ayam yang telah disembelih serta dibiarkan bergelimpangan di atas lantai simen premis dan penutupan dibuat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Barat Daya, malam tadi.

Terdahulu, premis itu diserbu dalam satu operasi bersepadu yang disertai oleh PKD Barat Daya, pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP).


Foto: Kosmo

Turut serta dalam operasi itu adalah Bahagian Pengurusan Halal (BHP) di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi lain.


Ketua Penolong Pengarah (KPP) BPH JHEAINPP dalam satu kenyataan memberitahu, selain beroperasi dalam keadaan tidak bersih, pusat penyembelihan ayam itu juga dikesan telah melakukan kesalahan ketika mempamerkan logo halal pada papan tanda premis berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak syarikat (pemilik premis) telah diberi notis dan teguran untuk menanggalkan dan membuang logo halal serta perbahasan penandaan halal yang tertera di papan tanda jualan dengan segera.

“Tindakan (kemudian) telah diambil oleh pihak syarikat,” kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz yang turut serta dalam operasi itu menzahirkan rasa dukacitanya kerana pemilik premis itu merupakan seorang yang bukan beragama Islam dan mengupah penyembelih warga asing untuk menjalankan operasi di situ.

Menurutnya, hasil sembelihan itu pula telah dipasarkan di Pasar Tanjung Bungah dengan tidak bertanggungjawab apabila menggunakan logo halal yang jelas mengelirukan pembeli beragama Islam. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-5-2023 05:49 PM
"kita olang talak tipu maa...kita olang pandai meniaga maaa...."-
Quote kepompong 3-5-2023 07:44 PM
cop. mmg lepas sembelih kena biar kat lantai? kalau bukan lantai, nak letak mana. kan kena tunggu ayam mati baru masukkan dlm air panas. atau zaman skrg dah skip rendam air panas sbb dah ada mesin cabut bulu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.029612 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top