CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasa Macam Nak Mati Bila Tengok Cermin, Duda Hidup Tertekan Hidung Cacat Lepas Buat Pembedahan Kosmetik

3-5-2023 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2689| Komen: 17

Kuala Lumpur: "Setiap kali tengok cermin, emosi saya terganggu hingga pernah berasa tak nak hidup lagi," luah pemilik salun kecantikan dikenali Danny.

Danny, 36, yang juga bapa tunggal kini hidup tertekan selepas melalui episod duka kesan prosedur pembedahan di sebuah klinik, di sini yang didakwa menyebabkan hidungnya mengalami kecacatan.


Biarpun bentuk hidungnya sudah kembali asal selepas berhabis RM30,000 melakukan pembedahan yang lain di sebuah hospital di Thailand, Danny akui ada masanya dia hilang keyakinan untuk tampil di khalayak ramai.


Foto: Harian Metro

"Bayangkan, saya pemilik salun kecantikan dan boleh dikatakan setiap hari berdepan dengan pelanggan.

"Jadi, memang ada segelintir pelanggan bertanya apa yang berlaku kepada hidung saya terutama selepas pembedahan dulu.

"Walaupun mereka tak menghina atau memperkecilkan saya namun pertanyaan itu membuatkan saya tersentak dan malu dengan kekurangan diri," katanya ketika ditemui Harian Metro di Majlis Perubatan Malaysia (MMC), di sini, baru-baru ini.


Menurut Danny, dia kini dalam usaha untuk menuntut keadilan menerusi saluran undang-undang.

Danny berharap keadilan berpihak kepadanya walaupun sukar untuknya melupakan apa yang berlaku terhadapnya sampai bila-bila.

"Saya tak kuat tapi jadi bersemangat untuk menuntut keadilan kerana dapat sokongan daripada orang sekeliling terutama teman rapat dan keluarga.

"Lagipun, saya di pihak yang benar jadi tiada apa nak dirisaukan.

"Diharap keputusan nanti berpihak kepada saya dan apa yang berlaku saya jadikan pengajaran malah ada berkongsi pengalaman dengan pengguna di TikTok miliknya @therealdannyqaseh mengenai kesan dan bahaya pembedahan kosmetik jika dilakukan dengan individu bukan pakar berkelayakan dalam bidang berkenaan.

"Saya kongsikan kerana ada pengikut bertanya dan enggan orang lain jadi mangsa serta terima nasib sama seperti saya," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah Danny yang yang obses dengan kecantikan hingga sudah melakukan lebih 10 kali pembedahan kosmetik pada bahagian wajahnya membabitkan anggaran kos hampir RM300,000.

Bagaimanapun, salah satu prosedur dijalankan dua tahun lalu mengakibatkan kecacatan pada hidung dan bertitik tolak daripada situ, timbul keinsafan dalam dirinya untuk berhenti mengubah bentuk wajah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-5-2023 05:47 PM
nonok pengarah sohor si ijad tu relaks je hidung camtu...siap gigi mentos lagi... ehehehehe.. tu lah len kali nak ketuk muka gi tempat yang mahal... duit habis sampai 300k pun berbaloi... ni pergi merata ketuk muka ikut pondan tak siap... begitulah wajah kau..
Quote Samerosie 3-5-2023 05:52 PM
Bukan cerita dia ni dah lama ke yg anjuli commented tu.  Buat hidung selagi tu takan puas sampai habis hidung lepas tu merempan  nak mati la bagai.
Quote hungryhenry 3-5-2023 06:00 PM
Daiyan trisha buat idung kat mana?
Quote nw111 3-5-2023 06:36 PM
Ewwww...Jantan pun sebok nk renovate muka..
Quote tahanie 3-5-2023 08:58 PM
Mati je lah?
Quote B40tastePosh 3-5-2023 08:59 PM
Muka dia dah jadi muka budak sekolah...ni semua pengaruh K-Pop habis hilang muka Melayu Nogori nye
Quote sapeka 3-5-2023 09:34 PM
Sapa suruh ko renovate?
Xde sesiapa kan?
Quote akies 3-5-2023 09:35 PM
prince_marhaen replied at 3-5-2023 05:47 PM
nonok pengarah sohor si ijad tu relaks je hidung camtu...siap gigi mentos lagi... ehehehehe.. tu lah ...

Gigi mentos?? sbb gigi dia putih sgt ke ..hihihi
Quote LoveSungmin 3-5-2023 09:38 PM
bukan ke dah lama kes hidung dia ni? sudah² la tu
Quote Thunderclouds 3-5-2023 09:54 PM
Bosannyaaaa..
Ni bukan isu semasa la saitoonnnn..
Ni cita basi bkulat nk mereput jadik zarah balik dh oiiiiii...
Unless die terjun bangunan baru la bukak tered CI utk mamat nih.
Quote imanjannah 4-5-2023 07:44 AM
mcm dejavu cite dia ni.. ni kes lama atau yg lama dah dibaiki dan ini kes yg terbaru?
Quote AngelFreakyAF 4-5-2023 10:05 AM
Berapa Kali mau terbit kisah jantan xlengkap ni..TT bru klua gua k...isu basi ni
Quote nakkomenjugak 4-5-2023 05:30 PM
Chill jeleeeee
Mikel jeksen, lana jeksen hokehhh jeee
Quote laksmanabentan 5-5-2023 08:47 AM
laa tak habis2 ker cite mamat nih.... hahahahhahaa.....
Quote pekanwoohoo 5-5-2023 09:49 AM
akies replied at 3-5-2023 09:35 PM
Gigi mentos?? sbb gigi dia putih sgt ke ..hihihi

Ye. Tak rilek langsung putih dia, rasanya kalau malam siap boleh glow in the dark kot.
Quote supernaturalee 5-5-2023 11:53 AM
pekanwoohoo replied at 5-5-2023 09:49 AM
Ye. Tak rilek langsung putih dia, rasanya kalau malam siap boleh glow in the dark kot.

uuuu
mcm scorpion



Quote apech 5-5-2023 04:53 PM
aish ban je la wartawan sampah yg mcm ni. dia ni kalau perasan main bukak je tred. cerita japrut pun dia hentam. tak pondan mesti keput wartawan ni

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.036393 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top