CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Orang Kata Penyondol Orang Yang Kuat, Susah Nak Nangis? Pada Saya Mereka Sejenis Hati Kering,"-Isteri ND Lala

3-5-2023 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1089| Komen: 5

Konflik rumah tangga Datuk ND Lala bersama isterinya, Datin Fauziah Sarman sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

Ia ekoran bapa kepada penyanyi terkenal Shila Amzah telah berkahwin lain bersama seorang wanita muda.


Foto: IG

Di Instagram, Fauziah berkongsi tiga nasihat kepada penyondol yang dihujah oleh pakar motivasi, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad.

Di ruangan kapsyen, Fauziah menggelarkan penyondol atau pihak ketiga ini sebagai individu yang mempunyai sikap hati kering.

“Orang kata penyondol seorang yang kuat, susah nak nangis?! Pada saya bukan kuat.. Mereka sejenis hati kering!,” tulisnya berserta tanda pagar ingat balasan Allah.



Umum mengetahui Fauziah juga sering berkongsi kata-kata semangat atau doa yang disukainya di laman Instagram Stories (IGs) miliknya.

Perkongsian terbarunya mencuri perhatian selepas memuat naik kata-kata yang sangat mendalam, seolah-seolah menceritakan isi hatinya yang terpendam.

Di hantaran tersebut, Fauziah berkongsi ayat yang berbaur seperti kesilapan yang dilakukan oleh seseorang itu akan berbalik kepada diri sendiri.


“Jangan bermain air jika takut basah. Jika kamu bermain api, harus siap terbakar. Jika kamu menyakiti, suatu saat akan tersakiti.

“Jangan bangga dengan apa yang kamu lakukan, semua itu akan berbalik padamu.

“Kerana apa yang kamu tanam itulah yang akan kamu tuai,” tulisnya.



Sebelum ini, anaknya, penyanyi Syada Amzah berkongsi kata-kata semangat buat ibunya yang menyambut ulang tahun dan Hari Raya Aidlfitri sendirian tanpa suami di sisi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 3-5-2023 05:23 PM
Masalahnya kalau yg disondol pun rela gimana?  Bila penyondol menangis, yg disondol pula pujuk baik punya.  Cerita sindirella snow white semua keluar..yg bini pertama dalam kisah2 ni semua adalah mak tiri, the wicked witch of the west.  Laki kau tu mmg muka buaya pun.
Quote prince_marhaen 3-5-2023 05:50 PM
dah macam anak dia yang perasan retis tu si mulut murai tu..... lama2 orang meluat.. acik Charlie ND Chaplin aman-aman sajorkkk beraya umah Degawan & main cikpet baru... si kakak tengah busy korek karang gigi besi si Umbai...
Quote gideoncross 3-5-2023 11:52 PM
Klau pihak llaki stuju, tu bukn sondol tpi dh jdi bini kdua, so brmadu lh korg.
Quote vokay 6-5-2023 12:17 PM
Biarlah dia nak komen, suami dia. Berpuluh2 tahun kawin, mesti lah marah. Suami dan perempuan  tu sama2 miang.
Quote epal_putih 6-5-2023 12:25 PM
acik2
jangan la dok caye kawan anak yg selalu datang umah tu
ntahla akhir zaman kut
yg muda2 gedik pompuan dok kejar laki orang.. biarla gambar filter berlapis pon
yg muda2 lelaki dok intai perempuan yg matang pulak katanya
xmo masalah
janda balu.. andartu pon xpe katanya ...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.032632 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top