CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

BNM Naikkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Kepada 3.00 Peratus

3-5-2023 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2843| Komen: 68

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.

Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.


Pada mesyuarat sebelum ini, MPC membuat keputusan untuk mengekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus selepas empat kenaikan berturut-turut dicatatkan sejak tahun lalu bermula Mei, Julai, September dan November 2022.


Foto: Harian Metro

Paras terendah OPR adalah 1.75 peratus pada tahun lalu.

BNM dalam kenyataan berkata, ekonomi global terus didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh serta pemulihan ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Bagaimanapun, bank pusat itu berkata, ekonomi global terus terjejas oleh tekanan kos yang tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi.


Ia berkata, inflasi keseluruhan terus menurun namun inflasi teras terus melebihi purata yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Katanya, pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat.

"Prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan, terutamanya disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan dan keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara ketara termasuk berikutan tekanan yang berterusan dalam sektor perbankan.

"Bagi ekonomi Malaysia, perkembangan terkini menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi berkembang selanjutnya pada suku pertama tahun 2023 selepas mencatatkan prestasi kukuh pada 2022," katanya.

BNM berkata, meskipun eksport dijangka menjadi sederhana, pertumbuhan pada 2023 akan didorong oleh permintaan dalam negeri.

Ia berkata, perbelanjaan isi rumah kekal berdaya tahan, disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang lebih baik memandangkan pengangguran terus menurun ke tahap sebelum pandemik.

Katanya, ketibaan pelancong yang meningkat dijangka menggiatkan aktiviti berkaitan pelancongan.

"Projek infrastruktur berbilang tahun yang terus dilaksanakan akan menyokong aktiviti pelaburan.

"Keadaan kewangan domestik juga terus kondusif untuk pengantaraan kewangan tanpa tanda-tanda pengetatan berlebihan yang mempengaruhi aktiviti penggunaan dan pelaburan," katanya.

BNM berkata, risiko prospek pertumbuhan dalam negeri secara relatif seimbang.

Ia berkata, risiko pertumbuhan menjadi lebih tinggi berpunca terutamanya daripada faktor dalam negeri seperti aktiviti pelancongan yang lebih kukuh daripada jangkaan serta pelaksanaan projek termasuk projek yang dinyatakan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023, manakala risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan dan keadaan pasaran kewangan global yang semakin tidak menentu.

"Seperti yang dijangka, inflasi keseluruhan menunjukkan trend menurun pada bulan-bulan kebelakangan ini disebabkan oleh faktor kos yang menurun.

"Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka menjadi sederhana sepanjang tahun 2023, berpurata antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus," katanya.

BNM berkata, inflasi teras akan kekal pada paras tinggi berikutan keadaan permintaan yang kukuh.

Ia berkata, kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada akan terus membendung sebahagian daripada tekanan inflasi yang meningkat.

Katanya, imbangan risiko terhadap prospek inflasi cenderung ke arah inflasi menjadi lebih tinggi dan terus bergantung pada sebarang perubahan pada dasar dalam negeri termasuk mengenai subsidi dan kawalan harga, perkembangan pasaran kewangan serta harga komoditi global.

"Memandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, MPC menilai bahawa kini adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.

"Berikutan keputusan ini, MPC telah mengakhiri rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis Covid-19 bagi menggalakkan pemulihan ekonomi.

"Susulan kekukuhan ekonomi Malaysia yang berterusan, MPC juga mengakui perlunya pendirian dasar monetari yang wajar bagi mengelakkan risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan," katanya.

Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

MPC akan terus memastikan pendirian dasar monetari kekal konsisten dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 3-5-2023 04:58 PM
Tazzabar nak tunggu dividen ASB tahun nim
Quote lattehazelnut 3-5-2023 05:57 PM
فاك               
Quote kakikuDibibirmu 3-5-2023 05:59 PM
lattehazelnut replied at 3-5-2023 05:57 PM
فاك

Fuck off:



[youtube]UYN_BEAbYrc[/youtube]
Quote totokreturn. 3-5-2023 06:08 PM

aduh la, tergelak aku
Quote renko 3-5-2023 06:11 PM

Quote kakikuDibibirmu 3-5-2023 06:31 PM
Buto:


Quote kakikuDibibirmu 3-5-2023 06:32 PM


سلاڠور ق سيڤ ابول ن ڤرساتوا  سوكن كومڤليك

Selangor Kasep Abol Npersatua Sukan Komplek



Kompleks Sukan Persatuan Bola Sepak Selangor
Quote Belibis 3-5-2023 08:45 PM
Apek mana la buat tulisan jawi kompleks sukan selangor tu?
Quote rainbowrainz 3-5-2023 08:54 PM
Haaaaa tepukkkk
Quote ultra78 3-5-2023 09:04 PM
Ini fitnah la...
Quote kakikuDibibirmu 3-5-2023 09:59 PM
Bull shit:

Quote lucky_peace 3-5-2023 10:53 PM
kakikuDibibirmu replied at 3-5-2023 06:32 PM
سلاڠور ق سيڤ ابول ن ڤرساتوا  سوكن كومڤليك

Selangor Kasep Abol N ...

Haha                
Quote kanam316 3-5-2023 10:57 PM
Tambahlah jumlah bayaran bulanan ????
Quote plywood 3-5-2023 10:57 PM




Quote nurul_akmar 3-5-2023 11:14 PM
kanam316 replied at 3-5-2023 10:57 PM
Tambahlah jumlah bayaran bulanan ????

Dgr2 start julai bertambah.. tp dgr jelaa..
Quote scorpionkiki 3-5-2023 11:29 PM
ultra78 replied at 3-5-2023 09:04 PM
Ini fitnah la...

E4uCgJ.md.jpg

Tak baik fitnah tau
Quote MissYouSayang 3-5-2023 11:29 PM
Kadar pinjaman bank pasti terjejas la dekk...Rakyat semakin tersepit di bwh permaidani buruk ni
Quote gigahertz 3-5-2023 11:51 PM

Fitnah sebab kata Julai.
Cuba kata Mei. mana ada salah
Quote kemaruk 4-5-2023 12:00 AM
see.. i told youuuuu

goshhh

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.111210 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top