CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Bunuh Altantuya: Anak Sirul Rayu Australia Pertimbang Semula Suaka Politik

3-5-2023 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2170| Komen: 34

PETALING JAYA: Shukri Azam, anak kepada bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabit kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu 17 tahun lalu dilaporkan merayu kepada Australia untuk mempertimbang semula pemberian suaka politik kepada bapanya. 


Permohonan pertama Sirul untuk mendapatkan suaka politik di Australia ditolak pada 2019.

Menurut laporan media antarabangsa, katanya, dia bimbang bahawa nyawa bapanya terancam jika mereka kembali ke Malaysia.  

Dua bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar (kiri) dan Azilah Hadri disabitkan atas kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu oleh Mahkamah Tinggi pada 2009. Mereka dijatuhi hukuman mati pada 2015, Foto: Utusan

Bagaimanapun, Shukri dan bapanya tidak bercadang pulang ke Malaysia walaupun hukuman mati mandatori bagi jenayah berat termasuk bunuh dimansuh. 

“(Apabila) kami datang ke Australia, (kami) hanya mahu mula hidup baharu. Buat pertama kali dalam hidup saya, saya merayu kepada Australia.


“Tolong berikan ayah saya peluang kedua kerana kami tidak melakukan apa-apa kesalahan di Malaysia mahupun di Australia.

“Ayah saya seorang yang kuat dan merendah diri,” katanya seperti dilapor Sydney Morning Herald hari ini. 

Shukri kini berusia 23 tahun. Dia berumur enam tahun ketika Altantuya dibunuh. 

Dia dilapor dibesarkan oleh ibu bapa angkat di Australia selepas tidak lagi berada bawah jagaan ibunya dan telah menetap di Australia selama hampir 10 tahun.

Altantuya ditembak di kepala di sebuah hutan di Puncak Alam, Selangor dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera.

Kes pembunuhannya adalah aspek paling menggemparkan dalam skandal membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terbabit dalam pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis pada tahun 2002.

Sirul dan seorang lagi bekas anggota polis, Azilah Hadri, disabitkan pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan membunuh Altantuya.

Azilah kini banduan akhir di Penjara Kajang.

Mereka berjaya membatalkan sabitan itu di Mahkamah Rayuan pada 2013, namun, Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengembalikan sabitan tersebut dan menjatuhkan hukuman mati. 

Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan akhir. Dia kini berada di pusat tahanan imigresen Villawood sejak 2015 selepas ditahan polis Australia. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 3-5-2023 04:55 PM
yang terlepas......ermmm mamat kekasih wanita tu, yang kena hukum bunuh...orang bawahan
Quote supernaturalee 3-5-2023 05:16 PM
"Dia kini berada di pusat tahanan imigresen Villawood sejak 2015 selepas ditahan polis Australia"

wah
makan free la ye

btw anak die ni harus speaking sokmo kan
slang oz lagi ape

Quote toynme 3-5-2023 05:19 PM
hmm betul ke related dgn najib ekk.....lepas je org tua kutuk tu
Quote JunkMail 3-5-2023 05:21 PM
“Tolong berikan ayah saya peluang kedua kerana kami tidak melakukan apa-apa kesalahan di Malaysia mahupun di Australia.


Kau nak cakap mahkamah Malaysia jatuh hukuman yang salah ke dik?
Quote becir 3-5-2023 08:12 PM
Still, your dad pulled the trigger.
Quote Firenzza 3-5-2023 09:12 PM
Sirul ni lari anak beranak ke ostolia ke?  Knp dia x minta pengampunan diraja? Sdgkan najib baru 2@3 bln check in pun dh nk mintsk checkout
Quote dua_chzy 3-5-2023 09:33 PM
Meka berdua ni memang hilang la jika masuk Malaysia. Kebimbangan anak ni ada asasnya.

Kesian. Dari 6 tahun sekarang dah 23 tahun kau hadap skandal pembunuhan yang tarnished reputation dan letak blood di kedua tangan bapak kau dek...
Quote sharlenetexas 3-5-2023 10:24 PM
Azilah tu tahun bila tu siap kena tangkap kering kat kuarters ipd.


Quote VespaSilbe 3-5-2023 10:54 PM
Kesian ko nak.. article Malaysia tak dak byk input.. semoga dipermudahkan
Quote caramello 3-5-2023 11:20 PM
Ksian..sampai terpisah dh dgn ibu kandung dia..stay dgn keluarga angkat..hancur trus hidup family dorg
Quote MissYouSayang 3-5-2023 11:26 PM
X silap iols mak sirul ni adik kpd arwah jins sams khens
Quote mojarean_X 3-5-2023 11:45 PM
Mana mahfuz omar hello hello hello
Quote syamzana 3-5-2023 11:58 PM
dia lari dgn anak je ke? maknya di malaysia?
ada sorg ni je ke anaknya?
ayahnya dok dlm jail jugak kat oz pun, mcm lbh krg je cuma tak mati digantung laa. mkn tggung. tak pasal2 ummah oz nak kene membela sorg rakyat msia
Quote kemaruk 3-5-2023 11:59 PM
jiiibbbb... oooo jiiibbbb
Quote midori888 4-5-2023 12:58 AM
Edited by midori888 at 4-5-2023 01:00 AM

Kesian budak nie.....
Quote Radzor 4-5-2023 02:03 AM
Wahh. 1 family dok oz syoknya...
Quote nolya 4-5-2023 02:07 AM
Biaya nafkah  kehidupan anak Sirul di Australia selama ni sape yg tanggung? Dn anak tu kerja di sana ke?  Peraturan keimigrasian mcmane pulak.  Boleh dpt visa duduk lama ke?
Quote Queenmastani 4-5-2023 08:36 AM
Sbbkan kes ni la aku kerap bertekak gn mak aku
Mak aku tk pcaya jibby yg bunuh..sampai laki aku marah aku sbb tknk mengalah dgn mak aku .. mana boleh kalah , aku nk mak aku tahu yg information dia dpt tu salah… setelah bertahun akhirnya mak aku baru pcaya yg crita ni betol. Skang ni kalau citer balik mg tergelak masing2..
Quote Thunderclouds 4-5-2023 08:45 AM
supernaturalee replied at 3-5-2023 05:16 PM
"Dia kini berada di pusat tahanan imigresen Villawood sejak 2015 selepas ditahan polis Australia"

w ...

Speaking la tu.
Aku baca translation utusan ni pon cringey yakmat

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.107919 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top