CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Berseronok Sangat Dengan Gadis Muda, Duit RM245,210 Milik Atuk 71 Tahun Lesap Ditipu

3-5-2023 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 496| Komen: 1

Seorang pesara akauntan menjadi mangsa penipuan dan menanggung kerugian berjumlah RM245,210 gara-gara mahu berseronok dengan wanita muda.

Warga emas berusia 71 tahun dari Mumbai, India itu mendakwa dia menerima mesej daripada individu yang tidak dikenalinya, menawarkan perkhidmatan membekalkan gadis muda untuk tujuan berseronok atau sekadar peneman.



Gambar Hiasan

Pegawai polis berkata, "Sebagaimana kenyataan kepada polis pada 23 Mac lalu, warga emas itu menerima mesej melalui telefonnya supaya menghubungi nombor berkenaan jika mahu berkenalan dengan gadis cantik. Mangsa menghubungi nombor tersebut daripada situlah penipuan bermula."

Pemilik nombor telefon itu kemudian menghantar beberapa keping gambar gadis muda dan cantik, dan kemudian meminta warga emas tersebut memilih salah seorang daripadanya.

Namun, warga emas tersebut diminta membayar yuran pendaftaran Rs 2,100 (RM114) untuk menerima gambar tersebut.


Dia kemudian membayar jumlah wang yang dikehendaki melalui sistem perbankan dalam talian.

Pegawai polis berkata, selepas membayar yuran pendaftaran, mangsa membuat beberapa lagi transaksi pembayaran dalam pelbagai jumlah kepada wanita yang tidak dikenali itu demi mendapatkan seorang gadis sehinggalah jumlah keseluruhan transaksi bernilai sehingga melebihi RM245,000.

Tambah pegawai polis itu, mangsa juga meminjam wang daripada rakan-rakannya demi memenuhi jumlah yang dituntut.

Mangsa hanya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas wanita tersebut tidak henti-henti meminta wang, dan akhirnya melaporkan kepada polis. - CARI

Sumber: mStar/India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieyrasfea 3-5-2023 11:42 PM
hmm, macam macam kes. Atuk, dari berbelanja, jom pergi invest dekat AMarkets, deposit $100 je atuk

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 1.665956 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top