CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Tolak Tangguh Hukuman, Siti Bainun Ke Penjara Serta Merta Hari Ini

3-5-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4015| Komen: 88

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd. Razali untuk penangguhan hukuman penjara atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella pada tiga tahun lalu.


Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendengar hujahan pasukan pembelaan dan pendakwaan terhadap permohonan penangguhan hukuman.

Ini bermakna Siti Bainun perlu menjalani hukuman penjara dengan serta-merta.


Foto: Utusan

Sebelum itu, peguam tertuduh, Mohammad Farhan Maaruf memaklumkan pihaknya telah memfailkan notis rayuan sebentar tadi.

Mahkamah terdahulu menetapkan pengasas Rumah Bonda itu dihukum penjara 12 tahun di atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella.

Hakim bicara mensabitkan hukuman itu terhadap Siti Bainun, 31, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun manakala 12 tahun untuk kesalahan kedua.

Bagaimanapun wanita itu hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh sabitan bermula hari ini.

Sebelum ini, Siti Bainun diarah membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.-CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 3-5-2023 04:01 PM
Alhamdulillahhhh... My feel good story today!
Semoga kau dihantui dgn mimpi2 ngeri sampai tak boleh tidur! Salah satunya - kau dihempap dgn lelemak tepu di belebat kiri dan kanan ko! Huh.
Quote tri-max 3-5-2023 04:08 PM
muat tak baju penjara tu nanti
takut takde saiz
Quote asudau 3-5-2023 04:08 PM
merasalah si bainun ni duk penjara sementara permohonan rayuan gitu
Quote Samerosie 3-5-2023 04:09 PM
Ada size ke baju oren penjara tu.
Quote Moyangkucing 3-5-2023 04:10 PM
Moga jadi pengajaran buat org2 yg perangai sama dgn dia.
Quote B40tastePosh 3-5-2023 04:12 PM
Kalau kat Europe sana...lagi teruk kau kena.
Quote syamzana 3-5-2023 04:15 PM
Alhamdulillah...
keluar nanti baru 43 thn...muda lg bainun+maybe jd kurus org pun x kenal.
Quote afie_m 3-5-2023 04:16 PM
harap rayuan pun tak berjaya
Quote doubleharmonic 3-5-2023 04:21 PM
padan muka ko babi
Quote doubleharmonic 3-5-2023 04:22 PM
eh babi tak padan dengan badan ko yang gemok cam babi nak mintak tangguh hukuman bagai dah kenapa babi?
Quote doubleharmonic 3-5-2023 04:22 PM
ko ni patut dihukum berat seberat badan ko yang gemok tu babi
Quote noor2 3-5-2023 04:27 PM
@Orenn1

Mai masuk sini
Quote Drmu 3-5-2023 04:27 PM
Nnti kluar pnjara..Bella pun dah besar. Hrp Bella happy dan sihat slalu
Quote immaryjane 3-5-2023 04:27 PM
syamzana replied at 3-5-2023 04:15 PM
Alhamdulillah...
keluar nanti baru 43 thn...muda lg bainun+maybe jd kurus org pun x kenal.

Tk cukup 12 tahun pn kan. Tolak cuti public holiday kt msia ni dh berapa hari setahun.
Quote pengecatbintang 3-5-2023 04:27 PM
12 tahun sama mcm Bijan

so, bainun ni ahli Umngok..

Umngok nak pohon pengampunan diraja tak utk Bainun ni..

sape kat sini sokong  
Quote Suchi 3-5-2023 04:36 PM
Penjara tempat paling menakutkan selain hospital.
Ibarat neraka dunia, apapun semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Sementara masih bernyawa ni mohon la maaf pada mangsa dan bertaubat la sungguh2.
Quote ayukpingu 3-5-2023 04:40 PM
tri-max replied at 3-5-2023 08:08 AM
muat tak baju penjara tu nanti
takut takde saiz

dia punya special...baju kelawar warna oren
Quote any42 3-5-2023 04:46 PM
semoga adik Bella mmbesar dgn baik & dijaga oleh org yg baik jgk.
selamat check in ke pnjara siti bainun
Quote matjerk 3-5-2023 04:52 PM
Tgk gambar2 yg dia bawak anak2 mommy Zu tu bercuti smpai ke obersea... mmg sungguh unbelieveable dia seorang pendera.... n close betol mommy zu dgn dia smpai benarkan dia bw anak2 ke obersea....

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.045384 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top