Beberapa bulan lepas kecoh isu Aaron Aziz digugurkan daripada filem terbaru arahan pengarah sensasi Syamsul Yusof, The Original Gangster. Susulan daripada isu tersebut, beberapa barisan pelakon lain turut membuka mulut mengenai isu tersebut susulan ada netizen yang menggesa mereka menarik diri dari menjayakan filem tersebut.
Namun, ada juga timbul dakwaan bahawa filem The Original Gangster itu akan bertukar pengarah, malah kini penggambaran filem tersebut dihentikan buat sementara waktu. Terbaharu, menurut Produser Eksekutif Razor’s Edge Pictures, Latiff Mohaideen, dia berkata pihaknya tidak boleh menjelaskan secara terperinci mengenai projek filem tersebut. “Kami masih sedang memuktamadkan beberapa perkara secara terperinci. Tapi, sudah tentu Syamsul Yusof yang mengarahkan filem ini. Bahkan, Beto juga tidak menarik diri.
“Tunggu bulan ini. Saya akan cuba berkongsi maklumat. Kita pun baru hendak buat persiapan untuk menyambung semula penggambaran,” katanya. Filem The Original Gangster diterbitkan oleh Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures dibintangi aktor handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT