CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nasib Baik Tak Sentuh Anak Dan Suami, Ayda Jebat Positif Covid-19 Lepas Sakit Tekak

3-5-2023 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 563| Komen: 1

Ayda Jebat memaklumkan dia positif Covid-19 selepas mengalami sakit tekak selain suhu badan naik turun sejak semalam.

"Semalam sudah rasa sakit-sakit tekak. Pengurus saya cakap mungkin sebab saya 'shooting' di luar kemudian masuk dalam bangunan ada penghawa dingin.


Foto: IG

"Tapi saya pernahlah rasa badan panas sejuk, panas sejuk, dan sakit tekak," katanya kepada Harian Metro

Bagaimanapun dia bersyukur tidak melakukan sebarang kontak dengan suaminya Nabil Mahir serta anak mereka, Ana Nayla.



"Nasib baik balik tak jumpa 'baby'. Mandi terus baring. Anak pula tidur dengan Nabil. Bila bangun pagi (hari ini), saya masih lagi sakit tekak. Jadi, saya buat swablah.

"Sakit tekak saja buat masa sekarang. Harapnya tiada apa-apalah. Tapi itulah Sabtu ini saya ada 'show' pula di Singapura," katanya.



Terdahulu, Ayda memuat naik hantaran di Instagram menunjukkan alat ujian Covid-19 dibuatnya memiliki dua garis. Dia memohon sesiapa yang ada berjumpanya untuk melakukan swab juga.

"Positif hari ini. Siapa yang jumpa saya khasnya semalam, tolong buat ujian swab hari ini dan dua, tiga hari seterusnya. Maaf sangat.





"Saya tiada simptom yang teruk. Sakit tekak sahaja jadi mohon siapa yang sakit tekak jangan tunggu-tunggu atau biarkan ingat sakit tekak saja. Swab terus ya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-5-2023 02:48 PM
hemsem abang/adik si Nabil terencat ni... btw mak & anak AJ memang ada iras Rosnah Mat Aris jugak ye.... ntah2 sedara...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.032976 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top