CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Mekanik Lakukan 'Road Bully' Mengaku Salah Memandu Gopoh Tanpa Lesen

3-5-2023 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 680| Komen: 1

Bekas mekanik mengaku salah memandu secara gopoh serta tiada lesen memandu di Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH), hujung bulan lalu, diperintah mahkamah membayar denda sebanyak RM1,900.

M. Ilavarasan, 23, mengaku salah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, V. Vanita.


T. Ilavarasan (tengah) mengaku salah di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini atas pertuduhan memandu secara gopoh serta tiada lesen memandu di Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH), Port Dickson, hujung bulan lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan pada 28 April lalu kira-kira pukul 7.20 pagi di SPDH dengan memandu secara gopoh menggunakan kenderaan Toyota Vios hingga membahayakan nyawa manusia.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2,000, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, masa dan lokasi yang sama iaitu di Kilometer 20.9 SPDH telah memandu kenderaan tanpa lesen. Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda tidak kurang RM300 hingga RM2,000 atau dipenjara tak lebih dari tiga bulan.

Majistret menjatuhkan hukuman denda RM1,500 dan empat bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua, Majistret menjatuhkan hukuman denda RM400 dan tiga bulan penjara jika gagal bayar.

Ahli keluarga tertuduh membayar denda tersebut.


TANGKAP layar rakaman video tular kejadian buli jalanan melibatkan dua buah kereta yang berlaku di Kilometer 20.9 Lebuhraya Seremban-Port Dickson dari Telok Kemang menghala ke Seremban pada 28 April lalu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Noor Azizi Abdull Aziz.

Semalam pihak polis memaklumkan dua orang lelaki telah ditahan selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian aksi buli jalanan di Kilometer 20.9 Lebuhraya Seremban-Port Dickson dari Telok Kemang, di sini menghala ke Seremban pada 28 April lalu.

Video kejadian tersebut turut tular di media sosial selepas terkesan melalui aplikasi Facebook.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cutieslilies 3-5-2023 02:07 PM
ambik lesen ja harga lagi mahal dr denda x de lesen... mau x bermaharajalela org memandu skrg xde lesen..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.122774 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top