CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nizam Laksamana Tak Pernah Malu Minta Bantuan Zakat

3-5-2023 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 621| Komen: 2

Penyanyi, Nizam Laksamana, 57, boleh menarik nafas lega selepas isterinya, Salwati Zulkifli, 49, disahkan bebas kanser payudara selepas hampir tiga tahun berjuang melawan penyakit itu.

Pun begitu, penyanyi berasal dari Negeri Sembilan ini tetap perlu berjaga-jaga dengan memastikan jadual janji temu dengan doktor di hospital serta aspek pemakanan dijaga rapi bagi mengelakkan kanser tersebut daripada merebak.


“Doktor bagi tempoh lima tahun pemantauan sebab hendak pastikan secara keseluruhan tiada lagi kanser di dalam badan. Sebabnya, kanser ini berisiko berulang kembali.


Utusan

“Isteri tahu hidap kanser masa peringkat kedua. Masa itu, dia rasa seperti ada bentuk lain pada bahagian payu dara. Saya terus bawa berjumpa doktor di klinik dan buat janji temu ke hospital,” katanya.

Nizam yang terkenal dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta berkata, isterinya disahkan menghidap kanser sejak hujung 2021 dan sejak itu dia banyak membuat keputusan dalam menentukan rawatan terbaik.


Dia juga melahirkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh merawat kanser, isterinya tidak perlu mengambil sebarang ubat-ubatan, sebaliknya hanya perlu menjalani proses kimoterapi.

“Dalam tempoh tiga tahun dia tidak perlu makan ubat, ia adalah satu keajaiban. Doktor juga menyarankan tidak perlu ambil ubat hormon.

“Cuma risikonya kalau hormon aktif, sel kanser juga akan aktif. Jadi, saya pilih tidak perlu makan ubat tersebut walaupun akan memberi kesan kepada aspek kesuburan dirinya.

“Saya hanya fikir kesihatan isteri ketika itu, sebab anak pun sudah empat orang, tiada apa lagi yang perlu difikirkan,” jelasnya.

Disoal kos rawatan dan ubat-ubatan penyakit kanser yang mahal, kata Nizam, dia tidak kisah memohon bantuan zakat kerana menyedari kemampuan kewangan ketika itu.

Apatah lagi, katanya, tiga tahun lalu juga dirinya terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa serangan Covid-19.

“Saya tak pernah rasa malu hendak dapatkan bantuan zakat. Itu juga atas nasihat doktor kerana pesakit kanser ada dua peruntukan daripada pihak zakat dan Majlis Kanser Nasional (Makna).

“Walaupun menjalani rawatan kimoterapi di hospital kerajaan, ada ubat yang perlu dibeli untuk proses kimoterapi dan kosnya agak mahal. Pihak hospital sendiri bagi nasihat supaya minta bantuan sebab ubat tersebut tidak termasuk dalam senarai subsidi kerajaan,” kongsinya.

Nizam berkata, isterinya kini perlu menjaga pengambilan makanan dan pantang-larang bagi memastikan kanser tidak merebak kembali.

“Contohnya daging jangan makan kerap sangat, makanan laut jangan terlalu banyak dan setiap makanan yang diambil perlu dipastikan dimasak sepenuhnya. Tak boleh ambil makanan mentah. Ikan juga ada jenis yang tidak boleh diambil,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nizam bakal mengeluarkan single baharu dalam masa terdekat selepas mengambil inspirasi daripada perjuangan melawan kanser yang ditempuh isterinya.

Katanya, lirik dan lagu tersebut sudah disiapkan serta hanya tinggal bahagian vokal sahaja.

“Ia adalah sebuah kisah benar iaitu tentang perjuangan pesakit kanser yang dihidapi oleh isteri sendiri.

“Masa isteri disahkan hidap kanser, saya belum terfikir hendak buat single ini. Sebab masa itu, hanya fokus pada sesi rawatan dan proses penyembuhan agar isteri kembali sihat.

“Selepas buat rawatan, kimoterapi, pembedahan dan kerap berulang berjumpa doktor, sejak itu baru terfikir hendak hasilkan lagu ini,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 3-5-2023 01:47 PM
Buat apa nk malu.
Menda boleh dipermudah knp nk geybang susah.
Hospital mmg akan uruskn kalo nk mintak bantuan utk rawatan kanser.
Dari zakat,makna,yg Buddha tu apa nama budi cahaya ka apa mmg akan bg byk/sikit bgantung ngn kemampuan ko regardless ko ada insurance or not.
Rajin ngn malas nk turun naik bangunan anta borang bagai ja.
Quote nazzse 3-5-2023 05:08 PM
Suami yg baik dia ni. Untung isteri

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.095859 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top