CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Polis Ditahan Samun Bersenjata Peniaga Sayur

3-5-2023 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 204| Komen: 0

Bekas polis terbabit kes samun berkumpulan dan bersenjata terhadap peniaga sayur Sabtu lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes.

Majistret, Sharda Shienha Mohd Suleiman mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini hingga Selasa depan mengikut Seksyen 117, Kanun Prosedur Jenayah.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mengesahkan tangkapan suspek yang juga pengawal keselamatan itu untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.


Seorang pengawal keselamatan yang juga bekas polis dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman bagi bantu siasatan kes samun bersenjata.

Beliau berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan dalam serbuan polis terhadap sebuah rumah di Tangga Batu, Tanjung Kling di sini, jam 12 tengah hari semalam.

Katanya, dalam kejadian pada Sabtu, mangsa berusia 25 itu baru tiba di rumah dan sedang meletakkan keretanya di pakir kenderaan sebelum didatangi dua lelaki menunggang sebuah motosikal.


"Seorang daripada lelaki itu tiba-tiba mengacukan pisau di leher mangsa dan mengarahkannya menyerahkan wang serta barangan berharga, manakala seorang lagi suspek menunggu di pagar.

"Akibat ketakutan mangsa menyerahkan wang tunai RM400 dan telefon bimbit Vivo iQoo 11 bagi mengelak dicederakan suspek.

"Sejurus menerima laporan mangsa jam 1 pagi hari kejadian, sepasukan pegawai dan anggota D9 IPD Melaka Tengah menggerakkan pasukan mengumpul risikan dan maklumat bagi menjejaki suspek," katanya.

Christopher berkata, suspek berjaya dikesan dan ditahan di sebuah rumah di Jalan Tangga Batu oleh sepasukan pegawai dan anggota D9 diketuai Inspektor Mohd Shukri Hamzah dan Inspektor Muhammad Firdaus Othman.

Beliau berkata, turut dirampas dua beg mengandungi dokumen milik suspek termasuk kad kerja di syarikat pengawal keselamatan, lesen memandu dan sebutir peluru serta empat telefon bimbit pelbagai jenama.

"Hasil siasatan suspek memiliki satu rekod jenayah mengikut Seksyen 86(1) Akta Polis dan masing-masing dua kes mengikut Seksyen 12(2) dan 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya memaklumkan mangsa kerugian kira-kira RM3,000.

Beliau berkata, siasatan awal suspek mengaku peluru itu miliknya dan disimpan selepas ditamatkan perkhidmatan polis pada 2016.

Katanya, polis juga giat mengesan seorang lagi rakan sejenayah suspek yang masih bebas


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.027727 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top