Shah Alam: Polis Selangor mengesahkan identiti ahli perniagaan yang mati dibunuh dan mayat dibuang ke cerun di Hulu Langat, Selangor sudah dikenal pasti. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, rakan serumah mangsa juga antara suspek yang disyaki terbabit dalam komplot pembunuhan mangsa.
"Ya. Mangsa dikenal pasti. Rakan serumah mangsa adalah seorang daripada suspek dalam kes ini," katanya ketika dihubungi hari ini. Semalam media melaporkan mangsa yang mati dibunuh, ditemukan dengan keadaan tangan terikat dalam sebuah bagasi di cerun bukit pada ketinggian 27 meter di Hulu Langat, Khamis lalu. Mangsa, 41 tahun ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dengan kesan leher dijerut pengikat kabel. Hussein berkata, penemuan mangsa susulan tangkapan lima suspek termasuk dua perempuan selepas rakan serumah mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangannya pada 26 April lalu.
Dengan penahanan rakan serumah mangsa, ini menjadikan jumlah suspek kes ini seramai enam individu termasuk suspek utama seorang kontraktor. -CARI Sumber: Harian Metro
|
doridori_hi replied at 3-5-2023 12:40 PM
Ok now rakan serumah pun suspek, .. dah tdi ada forumer kata ada bau2 ikan, hershe jugak yg gi buat ...
Orix replied at 3-5-2023 03:29 PM
yg kena bunuh ni laki ke perempuan ? iols igtkan lelaki, tp umur 41 ada housemate ???
epullipan replied at 3-5-2023 04:30 PM
ingatkan orang berpangkat dato sebab title usahawan huhu..upanya usahawan insta ke?
limesherbet replied at 3-5-2023 02:04 PM
Agaknya memang nak murder housemate dia. Sbb dengki, marah gaduh or ape. Minta ransom tu ntah² acah ...
Suchi replied at 3-5-2023 04:34 PM
Takde update ke? Tak sempat nak baca berita terkejor2 iols sib baik esok cuti sekolah
Takde ke gamb ...
harisbee replied at 3-5-2023 12:45 PM
skandal ke?
ADVERTISEMENT