CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadhir Nasar Kena Tunggu 8 Tahun Baru Glamour, Mierul Aiman Mengaku Masih Tiada Kekasih

3-5-2023 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 758| Komen: 3

Nadhir Nasar dan Mierul Aiman, pelakon yang sedang digilai ramai selepas namanya 'meledak' dalam drama rantaian, Projek: High Council (PHC).

Biarpun nama kian mendaki carta populariti, Nadhir mengikut resmi padi, makin tunduk, makin berisi.


"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan. Namun, hendak kata saya makin popular, tidaklah.

"Apa yang boleh saya katakan, kejayaan saya capai hari ini bukanlah mudah atau datang sekelip mata.

"Walaupun ada yang mengatakan laluan saya mudah, orang tidak tahu survival saya dalam bidang ini.

"Saya mulakan kerjaya seni ketika usia 19 tahun. Saya perlu tunggu lapan tahun untuk berada pada tahap ini," katanya kepada BH Online.


Foto: IG

Diusik pertanyaan apakah dia mahu menggunakan khidmat pengawal atau 'bodyguard' untuk menjaga keselamatan, Nadhir tidak melihat perkara itu sebagai keperluan.


"Setakat ini, saya masih boleh kawal keadaan. Peminat faham dan tidak buat perkara yang melampau serta di luar batasan," katanya.

Berkongsi sambutan Aidilfitri, Nadhir atau nama penuh, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, teruja berpeluang meraikan 1 Syawal bersama keluarga di Kuala Kangsar, Perak.

"Setiap kali balik kampung, saya memang suka main meriam. Kampung Talang memang terkenal dengan pesta meriam setiap kali raya.

"Biasanya kami bermain di bendang dan berlawan dengan kampung seberang," katanya yang menggemari hidangan lemang dan daging dendeng sebagai juadah Aidilfitri

Jika populariti menjadi isu utama buat Nadhir, lain pula halnya dengan Mierul yang menjadi gandingannya dalam drama PHC.

Buat jejaka ini, kisah cinta lokasinya dengan pelakon Qasrina Karim lebih menjadi tumpuan, terutama selepas mereka membintangi drama bersiri Imam Instant, Ustazah Scammer.

Mengulas kenyataan Qasrina sebelum ini yang mengakui mereka memang rapat, Mierul atau nama sebenar, Mohammad Amirul Aiman Norazman, 24, menyokong kenyataan gadis yang wajahnya mirip pelakon dan pengacara Mira Filzah itu.

Bagaimanapun, akui Mierul, hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.

"Ronaldo dan Siti Siakap memang rapat. Untuk menjayakan watak itu, kami perlu menunjukkan keserasian.

"Alhamdulillah, kami berjaya tunjukkan keserasian itu. Saya seronok bekerja dengan Qasrina kerana dia banyak membantu dari segi melontarkan dialog serta idea untuk dimanfaatkan bersama," katanya.

Mekanikal dari Universiti Selangor (UNISEL) ini mengakui, belum mempunyai kekasih.

"Saya masih single. Insya-Allah, suatu hari nanti, kalau ada kekasih, adalah. Buat masa ini tumpuan saya hanyalah pada kerja," kata anak jati Kuala Lumpur ini.

Mierul meraikan Aidilfitri di kampung kedua orang tuanya di Pahang. Sekali lagi, Mierul meneruskan tradisi memberi duit raya kepada anak saudara dan sepupunya.

"Sejak mempunyai pendapatan sendiri, saya sudah mula beri duit raya kepada anak saudara, sepupu dan tetamu cilik.

"Tidak salah rasanya untuk kita berkongsi rezeki dengan mereka," ujarnya.

Mengenai makanan kegemarannya setiap kali tiba Aidilfitri, Mierul amat menggemari sambal tempe hasil air tangan ibunya.

"Emak saya suka masak sambal tempe setiap kali Hari Raya. Menu itulah yang menjadi makanan kegemaran saya.

"Disebabkan terlalu sedap, saya sampai curi-curi makan ketika dia sedang menggoreng. Untuk kuih pula saya menggemari semperit," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 3-5-2023 12:24 PM
Mekanikal dari Universiti..

Yang aneh2
Quote insyi81 3-5-2023 12:53 PM
sedap sgt ke mak masak tempe tu sampai masa goreng pun nk dimakannya..haha..yg aneh2 jugak yg ini pun...
Quote heythere123 3-5-2023 01:01 PM
good for both of them. Dua2 pon naik sebab bakat, bukan sebab so-called cinta lokasi murahan.

Berapa lama pulak nak kena tunggu theyols berganding sekali lagi dalam citer lain

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.035344 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top