CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Sakan Hisap Vape, Anak Baru Umur 8 Tahun Pun Ikut 'Berasap'

3-5-2023 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 616| Komen: 7

Putrajaya: Trend golongan muda menghisap vape atau rokok elektronik semakin membimbangkan apabila ada dalam kalangan murid berusia lapan tahun dikesan terbabit dengan ketagihan itu.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat tahun lalu, 254 murid seawal usia lapan tahun mula menghisap vape.


Manakala bagi sekolah menengah, ia mencatat angka yang tinggi apabila seramai 17,931 terjebak menghisap vape.

Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noormi Othman berkata, murid ini mendakwa menghisap vape di usia lapan tahun disebabkan bapanya membuat perkara sama.


Gambar Hiasan

"Dia cakap bapa dia pun hisap vape. Itu yang saya risau kalau ibu bapa sendiri tidak cakna merokok atau menghisap vape di dalam rumah, itu sangat berbahaya untuk generasi akan datang," katanya kepada Harian Metro di sini.


Dr Noormi mendedahkan pihaknya mengetahui perkara ini hasil pemeriksaan berkala dijalankan pegawai pergigian di sekolah negara ini.

"Sebagai doktor pergigian, kita ada hint (tanda) macam mana kita tahu individu itu menghisap vape. Dia ada tanda. Sekarang ini baunya wangi seperti strawberi atau buah-buahan.

"Tetapi tanda keputihan pada lelangit mulut dapat memberi kesan itu kepada penghisap vape selain kita juga boleh bertanya kepada murid itu sendiri," katanya.

Selain itu katanya, tanda lain seseorang itu menghisap vape adalah daripada warna gigi.

Katanya, tanda warna gigi ini sama seperti individu menghisap rokok iaitu berwarna kekuningan dan coklat yang boleh dikesan di belakang dan depan gigi.

"Vape ada nikotin, (jadi) kesan warnanya sama (seperti rokok)," katanya.

Dr Noormi berkata, antara dibimbangkan KKM adalah penjualan peranti itu di luar sekolah secara berleluasa, mudah dibeli dalam talian dan perubahan alat itu yang kini sudah diubahsuai.

"Dengan perubahan ini, ia sangat merisaukan kita. Dulu kita tengok vape itu besar, nak bawa pun macam tak berapa canggih. Tetapi sekarang ia sudah diubah suai seperti thumb drive dan ada pelbagai bentuk," katanya.

Dalam pada itu Dr Noormi berkata, apabila pihaknya mengetahui murid berkenaan menghisap vape, pendekatan diambil dengan menjalankan intervensi seperti kaunseling dan nasihat.

"Kita buat susulan terhadap murid (yang menghisap vape di usia muda) ini dari tahun ke tahun. Kita bercakap dengan dia adakah mahu berhenti menghisap vape dan ceritakan keburukannya," katanya.

Beliau berkata, pemberhentian menghisap vape mesti datang daripada diri sendiri dan jika paksaan dilakukan terhadap murid ini, ia tidak akan menjadi.

Sekadar nak tunjuk hebat pada rakan

Faktor ingin mencuba sesuatu yang baharu antara penyebab utama kebanyakan pelajar termasuk murid di Lembah Klang menghisap vape atau rokok elektronik di usia muda.

Selain itu, ada dalam kalangan mereka mengakui menghisap vape kerana mahu 'tunjuk hebat' dan dewasa.

Bagi Irfan, 17, selain faktor itu, dia menghisap vape kerana pengaruh rakan sebaya.

"Saya hisap (vape) kerana bosan dan saja-saja. Pengaruh rakan sebaya pun salah satu punca juga," katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Dia mendedahkan mula menghisap vape sejak berada di tingkatan satu dan akan membeli dua pod vape untuk tempoh sebulan.

Seorang lagi pelajar yang mahu dikenali sebagai Zaf, 17, brkata dia menghisap vape kerana faktor ingin mencuba sesuatu yang baru.

"Saya saja-saja hisap vape, nak mencuba. Tapi tak adalah ikut pengaruh rakan. Keluarga mengetahui saya menghisap vape, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

Pelajar lain Aidil, 17, pula berkata, dia menghisap vape disebabkan tekanan di dalam pelajaran selain mempunyai masalah keluarga.

Katanya, dia juga terpaksa membuat kerja sambilan seperti di pasar malam bagi menampung yuran pengajian sekolahnya.

"Saya stres (tertekan) di sekolah, penat dan (menghadapi) masalah keluarga. Faktor itulah penyebab utama saya hisap vape. Kalau orang lain itu, saya tidak tahu.

"Tapi saya juga pernah bertanyakan kepada budak tingkatan satu dan dua yang saya kenal, mereka kata menghisap vape kerana mahu tunjuk hebat," katanya sambil mendedahkan mula menghisap vape sejak di tingkatan tiga.

Katanya, dia pada permulaan menghisap rokok kemudian beralih kepada menghisap vape yang dilihatnya lebih menjimatkan.

"Saya mula menghisap rokok kemudian berhenti dan selepas itu menghisap vape," katanya.

Ibu bapa usah 'wariskan' tabiat buruk

Ibu bapa wajar memberikan contoh tauladan yang baik dan tidak memberi tanggapan salah kepada anak mereka dengan menghisap vape atau rokok elektronik.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, sekiranya ibu bapa menghisap vape, sudah tentu anak mereka akan mencontohi apa yang dilakukan.

"Diharapkan ibu bapa dapat memberikan contoh sebaiknya dan juga diberi maklumat terkini tentang bahaya vape khususnya untuk jangka masa panjang dari segi kesihatan dan tumbesaran," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas trend golongan muda seawal usia lapan tahun menghisap vape yang semakin membimbangkan di negara ini.

Menurutnya, pihak berkaitan dicadangkan untuk mengadakan kempen besar-besaran bagi memastikan murid tidak terjebak dengan aktiviti vape ini.

"Vape ini ada pelbagai bentuk menarik. Kemudian dijual dengan bebas di kedai berhampiran sekolah.

"Jadi perlu ada tindakan sewajarnya. Malah, saya agak bimbang apabila vape dikenakan cukai, seolah-olah memberikan signal (isyarat) bahawa kita membenarkan vape. Bagi saya, ini signal yang salah. Jadi perlu ada kaedah tertentu untuk menanganinya," katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Jasni Md Kechik menggesa agar satu peraturan berkaitan vape dibuat dan dikuatkuasakan sama seperti rokok.

Menurutnya, melalui peraturan itu, denda juga harus dikenakan kepada ibu bapa yang membiarkan anak mereka menghisap vape.

"Nak kuat kuasakan (peraturan) ini, denda perlu dikenakan kepada pelajar dan ibu bapa itu sendiri. Walaupun tidak besar, kena denda.

"Ini kerana kadangkala denda yang dikenakan terhadap anak, ibu bapa ini tidak kisah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Drmu 3-5-2023 01:51 PM
Mmg didikan awal yg penting dri rumah. jauhi rokok/vape ya..mmbhayakan ksihatan je
Quote plywood 3-5-2023 02:11 PM
Kenapalah alasan budak-budak diterima untuk kononnnya budak-budak ni tak ada pilihan selain dari mengevap.  

Come onlah... orang dewasa bersikap dewasalah.. ni ikut sama berfikiran spt budak-budak lepas tu perasan bagus cakap berjela-jela...

Quote Cassieopeia 3-5-2023 02:38 PM
vape ni budak2 boleh beli ke mcm rokok jgk kene 18 taun ke atas? ketatkan undang2 same rokokla
Quote hyie 3-5-2023 02:56 PM
sebab yang tua dah tunjuk contoh yang tak baik, so diorang expect budak2 buat tak nampak kah? vape ni dia nampak stylo, tapi tu lah. Tapi anak kau kan, bukan anak aku, so padanla muka ko Bebawakla ajar diri sendiri untuk tonjolkan sisi positif kat anak ye.
Quote azimodin 3-5-2023 03:42 PM
Orang hisap vape ni dia punya "riak" & "ajet cool" lain macam tau. Aku pernah tegur satu couple sembur vape tepi kolam kanak2 kat bangi wonderland tapi geng2 dorang bagi aku side eye macam aku pulak buat dosa. Pastu yg jantan tu cakap "xde pon tulis x boleh vape"  refering to signboard no smoking kat tepi kolam. Jilake. Kat dalam mall (selalunya depan tandas or tepi autopay) pon selamba geng vape hembus, x hormat langsung pengguna lain.
Quote Supersirap 3-5-2023 03:56 PM
Janganlah tunjuk perbuatan yang tidak elok kepada anak kecil
Quote asfaz 3-5-2023 04:03 PM
Mak bapak tau tapi tak ckp apa2. Huhuhu kalau nak tegur tpi diri sendiri (bapak) pun hisap rokok/vape susah jugak.

Ai ada anak lelaki harapnya dia tak terpengaruh la vape or rokok or dadah. Asben ai sanggup berenti rokok sejak dpt anak sb taknak anak2 terikut.

Adik2 ai hisap vape. Pening kepala bila balik rumah mak, adik2 ai ada tgh hisap vape. Kekadang ai tegur jugak,kau nak hisap pergi la kat luar rumah,kat rumah tu ramai bebudak. Dah jadi benda biasa pulak hisap depan2 macam tu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.096088 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top