CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Mati Tinggalkan Hutang Menggunung, Isteri Merana Terpaksa Menyorok Daripada Rakan-Rakan Arwah

3-5-2023 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1103| Komen: 3

Peguam Syarie, Fahmi Ramli daripada Firma Guaman Fahmi Ramli & Co, berkongsi mengenai satu kes di mana balu terpaksa menyorok kerana rakan-rakan arwah suami sering datang ke rumah untuk menuntut hutang.


Berikut merupakan empat persoalan yang perlu kaum Hawa tahu tentang isu itu:


Gambar Hiasan: Aura Jutawan

1. Adakah boleh rakan-rakan arwah tuntut hutang pada isteri?

Ya, mengikut Hukum Syarak sekalipun, sebelum harta seseorang itu hendak dibahagikan secara pembahagian pusaka, ia mestilah diselesaikan dengan pembayaran segala hutang-piutang si mati.

Hutang adalah perkara yang tak boleh dibuat main-main kerana ia melibatkan pengambilan hak orang lain atas pinjaman. Jika tidak dipulangkan atau tak dibayar, seumpama kita mengambil hak yang bukan milik kita.

2. Adakah hutang pun perlu difaraidkan?

Hanya harta sahaja yang akan dibahagi secara faraid jika si mati meninggalkan harta dan ahli waris. Bahagian faraid adalah sebagaimana bahagian yang telah ditetapkan syarak.


Namun, jika tiada harta yang ditinggalkan, waris tak diwajibkan membayar hutang si mati atau tak perlu pun nak bahagi hutang ikut faraid. Tidak ada perkara tersebut mengikut syarak.

3. Bagaimana jika suami tak tinggalkan duit, tapi ada harta selain duit?

Harta-harta tersebut hendaklah dijual dan dibayarkan segala hutang-piutang tersebut. Baki bersih daripada pembayaran hutang itulah menjadi milik kepada ahli waris.

Contohnya, si mati ada meninggalkan sebuah rumah. Maka, rumah tersebut perlu dijual dan dibayar segala hutang.

Bahkan, jika pemiutang menuntut di Mahkamah juga, ia boleh dikeluarkan perintah pembayaran dengan cara penjualan aset untuk dibayar hutang.

Hutang adalah perkara yang tak boleh dibuat main-main kerana ia melibatkan pengambilan hak orang lain.

4. Apakah contoh hutang si mati dengan isteri?

Jangan kata orang lain, isteri pun sebenarnya adalah pemiutang kepada arwah suami jika suami tersebut ada meninggalkan harta yang bersifat sebagai Harta Sepencarian.

Dalam undang-undang Syariah, Harta Sepencarian juga dikira sebagai hutang si mati kepada pasangan.

Jadi, ia perlu diselesaikan terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum harta dibahagikan secara faraid.

Pada akhir perkongsian, peguam itu turut menitipkan pesan agar semua orang tidak mengambil mudah bab hutang yang boleh menjadi bebanan kepada waris.

"Seorang suami yang prihatin, dia akan rancang betul-betul simpanan supaya dia dapat tinggalkan sesuatu kepada warisnya. Alangkah bagus jika si mati meninggalkan sejumlah besar wang kepada isteri jika berlaku kematian daripada meninggalkan beban hutang.

"Kasihan sangat kepada isteri dan anak-anak yang menanggung malu dan risiko nyawa apabila suami meminjam wang Ah Long. Sebenarnya kalau mati meninggalkan banyak rumah dan kereta pun susah nak selesaikan hutang.

"Lagi banyak beban kepada waris. Nak jual rumah pun bukan mudah. Nak jual kereta pula susut nilai. Lebih baik sebenarnya kalau kita tinggalkan aset tunai yang besar," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 3-5-2023 12:30 PM
Ambil hibah pls, isteri2 pun sila ambik utk diri sendiri as precaution
Quote cucutokwan89 3-5-2023 12:37 PM
kt opis daku, ada pegawai perempuan ambil plan takaful atas nama suami. Berjaga² katanya.
Quote Supersirap 3-5-2023 03:56 PM
Thanks for the info, sangat bermanfaat

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.113195 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top