Selesa menjadi diri sendiri setiap kali membuat content bersama suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin di media sosial, Reen Rahim bagaimanapun mengakui berdepan fasa naik dan turun dalam berumah tangga.
“Tahu tak time sweet, time comel tu bolehlah nak itu nak ini. Time macam anjing dengan kucing tu kau rasa sempat nak record? Sama je kitorang ada draf kami. “Kadang macam comel, dalam saya ada macam-macam boleh jadi. Kadang kami comel manja, kadang kami macam kawan-kawan. So, jangan ingat sweet sangat, kadang-kadang ada yang berapi juga,” katanya kepada mStar. Sebaliknya, mereka hanya akan serius apabila perlu fokus bekerja. “Dia pun sama, penat aku. So maknanya dia penatlah kalau aku penat. Kami akan tenang kalau macam kena fokus kerja. Kami akan jadi karakter yang berbeza bila fokus kerja terus matang macam tu. “Tapi kalau kat rumah bila free tu kami macam aktif macam terlebih gula tu. So dua-dua penat, kalau tak dia kacau saya, saya yang kacau dia. Kalau kami balik, mak ayak kami pun penat tengok muka kami kat rumah tu. “Kami tak ada nak cover-cover, malas dik nak cover-cover. Penatlah kau nak play angel sangat. Takyahlah, jadi diri kau. Take it or leave it. Suka, sukalah tak suka sudah,” jelasnya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT