CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terus Ghaib, Tinggalkan Duit RM1, RM2 Lama Serta Duit 5 Sen- Pemandu E-Hailing Ketar Lutut Bawa Penumpang Misteri

3-5-2023 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1709| Komen: 23

Seorang pemandu e-hailing berkongsi kisah di Facebook di mana dia menerima penumpang misteri baru-baru ini.

Ktanya kejadian itu berlaku apabila dia mendapat pesanan untuk menjemput penumpang berkenaan di Samarahan.


“Alhamdulillah. Pengalaman paling berharga selama saya buat e-hailing. Dapat ‘order’ dari Samarahan, seorang wanita berbaju kurung, wangi.

“Memang tidak syak apa-apa dari mula masuk kereta, dia minta untuk buka cermin. Nasib baik hujan tak lebat,” katanya.




Katanya, wanita itu kemudian meminta lelaki tersebut untuk memberhentikan kenderaan sebaik sahaja tiba di suatu tempat.

“Sekali toleh belakang orangnya sudah tiada. Tuhan saja tahu rasanya ketika itu, tapi tidak mengapa.

“Itu pengalaman paling berharga seumur hidup saya. Dia tinggal duit RM1, RM2 lama serta duit 5 sen. Tak mampu naik taip apa-apa lagi, ‘jem’,” tambahnya.


Pada hantaran itu juga, lelaki tersebut berkongsi dua keping gambar menunjukkan duit lama yang ditinggalkan oleh penumpang misteri itu di tempat duduk belakang serta lokasi dia menurunkan penumpang berkenaan.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yang menganggap kejadian itu menyeramkan.

“Nasihat saya, jangan simpan duit tu. Bungkus baik-baik, kemudian tanam. Takut tuan punya duit akan kerap datang ke rumah kamu nanti,” kata Indera.

“Hantu pun tinggalkan duit. Kawan tumpang pun tinggalkan sampah atau pasir je,” seloroh Fatin.

“Jangan balik ke rumah terus. Singgah dulu mana-mana, atau cari kawan untuk teman jumpa orang pandai berubat. Kita tidak tahu apa-apa dengan alam mereka, apa pun fikir baik-baik saja,” kata Rudy.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 3-5-2023 11:31 AM
sendiri tabur duit sendiri amik gambar,
Quote sayurmayur88 3-5-2023 12:15 PM
susah nk percaya. baca je lah
Quote EeJun 3-5-2023 12:21 PM
hasanah sangat
Quote EeJun 3-5-2023 12:21 PM
hasanah sangat
Quote Sazreena 3-5-2023 12:29 PM
Susah dah nak dapat not 2 hengget tu.
Quote SWORKS27 3-5-2023 12:37 PM
tektik nak dapat like dgn viewer ramai la ni..
hantu skrg bnda boleh terbang buat apa nak naik grab..aperdaaa
Quote Samerosie 3-5-2023 12:40 PM
Temberang saja.
Quote mieyrasfea 3-5-2023 11:43 PM
alamak, macam ini malam-malam saya pun seram
Quote any42 3-5-2023 11:47 PM
hasanah xhasanah bca mlm2 ttap rsa seremmm.
Quote kakikuDibibirmu 3-5-2023 11:51 PM
Hasanah bolkiah sangat-sangat cerita ini
Quote Decaffeinated 4-5-2023 07:49 AM
Satu yg aku tak faham dgn hantu ni perlu ka naik grab?
Quote Cyempaka 4-5-2023 08:17 AM
Tak caya aku. Semua pun lapar like lapar view je. Kalau betul tunjuk la bukti tempahan tu. Kau grab kot bkn zaman teksi tahan2.
Lain kali nak goreng pun buat la cite pompuan tu tahan kete kau tgh hujan..kau kesian lalu tumpangkan dia jadi xde la bukti  
Quote edayildiz 4-5-2023 11:11 AM
nape pengalaman berharga
samarahan tu bkn ke bandar jgk..idok la hulu..hantu xsuka dk tempat membangun..kalau kg ulu ulu rumah pjg tu caya la jugak
Quote mejaputih 4-5-2023 11:15 AM
Psg la cctv dlm kete .so boleh ada video bukti..setakat citer mcm ni semua org boleh reka hasanah..by the way apa kaitan term hasanah dgn citer rekaan?
Quote monreyes 4-5-2023 11:23 AM
baik terbang free je....
Quote cranell 4-5-2023 11:26 AM
untung la dpt duit lama, org lain dpt helai daun je
Quote adm7 4-5-2023 11:54 AM
Pandai tekn order grab. Pakai ipon ke?
Quote antikorok 4-5-2023 12:19 PM
Cuba check duwet tu. Mana tauk no siri dan tt limited edition buleh jual riban2 gaytohhh

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/627252/rm1-dijual-rm12000
Quote tri-max 4-5-2023 01:37 PM
cerita mangarut level mustika edisi syawal
malas nak percaya
ntah jin2 ngan hantu pun da menyampah dgn set2 ni

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.072305 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top