Pelakon Eyka Farhana sudah tidak berselindung berkongsi momen-momen indah bersama kekasihnya. Terbaru, dia berkongsi sekitar sambutan ulang tahun kelahiran pemain bola Johor Darul Ta'zim (JDT) itu iaitu Akhyar Rashid.
Eyka turut memuat naik video pendek memperlihatkan cinta hatinya dalam keadaan tersipu malu ketika menyanyikan lagu selamat hari jadi di sebuah restauran. Menerusi perkongsian di video tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu juga meluahkan rasa cintanya terhadap Akhyar. “Shy shy cat pula dia. Happy birthday in advance my love. You know, I love you so much right (awak tahu yang saya sayang awak kan),” tulis Eyka.
Selain itu, Eyka juga ada membuat kejutan istimewa dengan menyambut ulang tahun kelahiran Akhyar bersama keluarga mereka. Pasangan yang dilamun cinta itu kelihatan memakai pakaian sedondon berwarna hitam. Terdahulu, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu peminat apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25, sekitar tiga tahun lalu. Sumber: Gempak
|
Kurex replied at 3-5-2023 11:16 AM
Apa je kejayaan pemain bola negara selain bercinta dgn artis sendu negara?
codenamedream replied at 3-5-2023 11:20 AM
Jadi duta makanan kucing
ADVERTISEMENT