CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abai Dan Menganiaya Bella, Mahkamah Putuskan Siti Bainun Bersalah!

3-5-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1808| Komen: 36

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali Bella.

Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.


Pada 9 Mac lalu, kes pembelaan Siti Bainun ditutup apabila peguamnya Mohammad Farhan Maaruf memaklumkan kepada mahkamah kesemua lapan saksi selesai memberi keterangan.


Foto: Harian Metro

Mahkamah kemudian memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis pada 7 April lalu manakala 14 April bagi hujahan balas sebelum memutuskan tarikh keputusan hari ini.

Sepanjang perbicaraan itu, pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Siti Bainun yang mengaku tidak bersalah menghadapi perbicaraan bermula 30 Mac 2022 dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan termasuk mangsa iaitu Bella; pengadu, Zurianty Sudin; bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.

Pada 24 November 2022, Siti Bainun diperintah membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 3-5-2023 10:47 AM
YESSSS!!!! Dah g masuk jail cepat dan sila berdiet di sana
Quote JunkMail 3-5-2023 10:49 AM
Bagus..sila mereput dalam jail.
Quote Orenn1 3-5-2023 10:56 AM
Cashh utk si gemokk
Quote Hizert 3-5-2023 10:59 AM
Pehh kira kena 20 taun + 50k lah ye? Ada ruang masuk rayuan pulak ke?
Quote Suchi 3-5-2023 11:00 AM
Terus masuk ke atau tunggu lg mcm najib dulu tu lama je nak masuk dlm walau dh didapati bersalah
Quote ctaz 3-5-2023 11:01 AM
bagusla masuk jail...kurang2 leh diet kat dalam tu....
Quote mizruncing 3-5-2023 11:01 AM
x guna hired ramai2 lawyer. yg si lawyer pn sekali tgk pn dah boleh agak anak guam ko buat kat budak ds mcm tu. pon boleh nak bela lagi ekkk
Quote xtahumenahu 3-5-2023 11:02 AM
Alhamdulillahhh
Quote pittjie 3-5-2023 11:02 AM
Hizert replied at 3-5-2023 10:59 AM
Pehh kira kena 20 taun + 50k lah ye? Ada ruang masuk rayuan pulak ke?

itu hukuman maximum tuk kesalah2an dia. belum tentu dibagi hukuman maximum la. hakim tak announce lagi apa hukuman dia.

Quote laksmanabentan 3-5-2023 11:03 AM
tak masuk2 penjara ekkk minah nih...
cable power nih..... rilex2 jer dia pergi balik ke mahkamah... enjoy hari raya...
ulalalaaa.....

lepas ni process rayuan la pulakkk..
apa lagi team... buat medical check up laa...
minah nih diabetis la... sakit ini laa.. sakit lutut laa...
hahahahahhahaha..... biar dapat pengurangan sikit..

hujung2 tak masuk penjara atas alasan kesihatan
tapi tiap minggu kena melaporkan diri ke balai polis terdekat...

Quote Purplehaz 3-5-2023 11:05 AM
Hizert: Pehh kira kena 20 taun + 50k l ...


Belum diputuskan lagi berapa dia kena.
Yg tu hanya peruntukkan hukuman utk kesalahan seksyen tu.
Quote Purplehaz 3-5-2023 11:12 AM
laksmanabentan replied at 3-5-2023 11:03 AM
tak masuk2 penjara ekkk minah nih...
cable power nih..... rilex2 jer dia pergi balik ke mahkamah...  ...

Hujung hujung bayar denda jer.

Tapi bella ni bawah umur...rasanya susah benon nak lari dari hukuman.
Tp Nak tanya bella ni ada mykad tak, sbb dulu baca news ada yg bagitau dia ni tak tau family sebenar dia siapa..x tau asal usul.
Quote Purplehaz 3-5-2023 11:17 AM
mojarean_X replied at 3-5-2023 10:47 AM
YESSSS!!!! Dah g masuk jail cepat dan sila berdiet di sana

Belum tau lagi
Wartawan/news cuma warm up cerita jer dulu.

Keputusan kes mungkin ptg atau mlm ni baru dapat tau.

Dan kalau kalau si benon buat rayuan etc. lg kena tunggu.
Quote Supersirap 3-5-2023 11:29 AM
Pintu taubat masih lagi terbuka
Quote pengecatbintang 3-5-2023 11:33 AM
siti bainun bole berjiran ngan Bijan



mereka2 yg ada kena mengena ngan Bijan ni mmg ganas2 yer...
Quote cupu 3-5-2023 11:33 AM
mizruncing replied at 3-5-2023 11:01 AM
x guna hired ramai2 lawyer. yg si lawyer pn sekali tgk pn dah boleh agak anak guam ko buat kat budak ...

Lawyer dia membela pun ala kadar je..sbb hujah mmg lemah sgt. Asiah pun xde point selain dari cakap mulut dia sendiri si bainun ni baik.
Quote Rogue98 3-5-2023 11:36 AM
Lawyer yg ramai2 tu sekor pun takleh bukti kan yg benon tak buat seperti yg didakwa....Sekadar tiktok content jer lah kau ni benon.
Quote beautifulorchid 3-5-2023 11:49 AM
keluar penjara mesti kurus cik benon... harap harap benon pun kene pukul dlm penjara tu... sedap bebenor mendera anak orang
Quote KamikuP 3-5-2023 12:15 PM
Bagusla mohon berdiet dlm jel dan kalau sabun jatuh jgn kutip yaachhh.. ekekeke

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039466 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top