CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jasmin Hamid Bengang Dituduh Queen Control, Suami Macam Lembu Dicucuk Hidung

3-5-2023 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 969| Komen: 6

Jasmin Hamid kesal apabila ada sesetengah pihak yang menganggap dirinya sebagai seorang isteri queen control.

Jasmin a menegaskan, dia hidup bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama suaminya, Nazmir Abdul Rahman dan apa yang dilakukannya lebih kepada menguruskan kehidupan bersama.


Foto: IG

“Saya geram sebab ada yang kata suami saya umpama lembu dicucuk hidung, hidup di bawah telunjuk saya sehingga lupakan tanggungjawab sebagai anak lelaki.

“Alhamdulillah, saya masih bahagia dengan suami setakat ini walaupun ada yang tidak suka.

“Saya tidak pernah kawal suami. Cuma menguruskan kehidupan harian dan keperluannya. Urus dan kawal adalah dua perkara yang berbeza,” kongsinya menerusi Instagram.



Jasmin juga tidak kisah menelan pahitnya tuduhan sebilangan orang asalkan dia dan suami tahu posisi mereka di mana sebenarnya.

“Semua yang busuk biar saya ambil, tidak mengapa. Yang penting Allah dan suami tahu apa saya lakukan untuk dia dan ibubapanya.

“Saya ingin suami saya jadi juara di dalam keluarganya. Berbakti kepada kedua orang tuanya hingga hujung nyawa dia,” jelasnya.


Dia juga mendoakan yang baik-baik buat mereka yang bercakap buruk tentangnya dan suami tersayang.

“Lebih seronok, orang yang bercakap pasal tanggungjawab sendiri yang tidak menjalankan komitmen sebagai seorang anak lelaki.



“Awak ini umpama ketam ajar anak berjalanlah. Awak tidak tahu apa-apa berkenaan saya.


“Apa-apa pun saya tetap doa yang baik-baik untuk awak. Kejarlah dua pintu syurga yang ada dalam rumah awak sendiri sebelum terlambat. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 3-5-2023 10:57 AM
Ni mesti ada konflik adik/ipar duai mentua.

Suami dh terbiasa ikut arahan bini..sblum ni suami dia kan jd pengurus aka PA dia.
Quote stingergrumpy 3-5-2023 10:58 AM
Lembu dicucuk idung ni lebih cenderung pada awang kejong bow and arrow ghasernyer ler...
Quote babynina30 3-5-2023 12:43 PM
Age gap jauh. Adekah fmly laki x restui?
Quote kucingitam 3-5-2023 01:41 PM
ipar duai ni mmg lah yang selalu buat family bergaduh..kadang mak pak takde apa pun..adik bradik yang lebih..
Quote Raline 3-5-2023 02:30 PM
GEMPAR!! Jasmin Hamid nafi suami umpama lembu dicucuk hidung
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5170747&extra=
Post time 2-5-2023 08:22 PM



dah ada kut
Quote myakayina 3-5-2023 02:45 PM
Edited by myakayina at 3-5-2023 02:48 PM

semoga dipermudahkan segala urusan..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.031828 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top