Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut selepas dibunuh ayah kandungnya sendiri. Kompas.com melaporkan, kejadian yang berlaku di Gresik, Jawa Timur itu menyaksikan kanak-kanak berkenaan sedang tidur di dalam biliknya sebelum bapanya masuk dan menikamnya.
Mangsa yang masih bersekolah di tahap dua di sebuah sekolah di sana kemudiannya bertarung nyawa selepas ditikam secara berkali-kali. Pegawai Polis Gresik, Kompol Erika Purwana Putra berkata siasatan mendapati suspek menggunakan sebilah pisau dapur yang berukuran 30 sentimeter. Tikaman yang dilakukan suspek turut terkena pada organ jantung dan telah menyebabkan si mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. "Terdapat 21 bekas tusukan pisau dapur, semuanya di bahagian punggung mangsa. Ada juga tusukan yang mengenai dan menembus jantung mangsa."
Difahamkan ketika kejadian, ibu mangsa dikatakan tidak berada di rumah dan rumah mereka yang terletak jauh dengan masyarakat setempat menyebabkan mangsa tidak dapat diselamatkan. -CARI |
ADVERTISEMENT