Sepasang suami isteri nekad meninggalkan bayi mereka di depan pintu pagar surau disebabkan masalah ekonomi yang dihadapi mereka. Dalam video tular di TikTok, pasangan tersebut turut menyertakan nota pada bayi tersebut buat sesiapa yang menjumpainya.
"Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi. Kami mohon sesiapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia." Difahamkan bayi yang ditinggalkan itu dilihat lengkap berbaju dan disertakan barangan lain seperti selimut, tisu basah dan susu. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan keputusan yang terpaksa dibuat oleh suami isteri berkenaan.
Selain itu, terdapat juga netizen yang dilihat seperti memahami tindakan pasangan itu apabila segala keperluan bayi dan nama telah disediakan lebih awal. -CARI
|
ADVERTISEMENT