Pelakon dan pengacara Elly Ariffin mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya iaitu pelawak Jiggy Masin atas perkahwinannya dengan atlet penerjun Malaysia, Dhabitah Sabri. Elly menerusi Instastory miliknya turut mendoakan agar pasangan itu dikurniakan cahaya mata dengan cepat.
“Tahniah @jiggymasin dan @dhabitah_sabri. Selamat pengantin baru kepada anda berdua. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan cepat-cepat dapat baby yang comel okay,” tulis Elly. Bukan itu sahaja, Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin turut memberi pesanan atau tips dalam rumah tangga. “Sentiasa beringat, kunci rumah tangga adalah kesabaran,” ujarnya lagi. Terdahulu, Jiggy memberitahu dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka namun memilih untuk berkongsi berita gembira itu pada waktu yang sesuai.
Berkongsi mengenai perkenalan mereka sejak lebih setahun lalu, Jiggy memberitahu dia mula berkawan dengan atlet penerjun berusia 23 tahun itu ketika bertemu di sesi fotografi. Untuk info, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT