CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penagih Dadah Tembak Mati Kakak Ipar Angkara Berang Dituduh Sebar Covid-19 Pada Jiran

3-5-2023 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 210| Komen: 0

Penagih dadah ditahan selepas menembak mati kakak iparnya angkara berang dituduh mangsa menyebarkan Covid-19 sehingga menyebabkan kematian seorang jiran di Thailand.

Pegawai dari Balai Polis Baan Bueng dimaklumkan mengenai kejadian tembakan di sebuah kedai runcit di Jalan Nong Prue Kao-Baan Hua Kun Jae, pada 29 April lalu.


Hasil pemeriksaan mendapati pemilik kedai itu cedera parah dengan kesan tembakan di leher.


Thaiger/MGR Online

Wanita berusia 56 tahun yang cedera itu dihantar ke hospital, tetapi kemudian meninggal dunia akibat kecederaan itu.

Pegawai memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) kedai dan berjaya mengenal pasti suspek berusia 38 tahun, yang merupakan adik kepada suami mangsa.

Rakaman CCTV menunjukkan penagih dadah itu meletakkan kenderaannya berhampiran dan ke kedai mangsa untuk menembaknya sebelum melarikan diri.


Bagaimanapun, pegawai polis berjaya mengesan suspek yang bersembunyi di dalam hutan berhampiran Pusat Meditasi Chanta Waree, Thailand dan menahannya serta merampas pistol jenis Taurus 11mm miliknya.

Suspek yang mengakui melakukan pembunuhan itu, memberitahu pegawai polis penyiasat bahawa mangsa sering menyebarkan cerita mengenainya sebagai seorang penagih dadah dan kelakuannya tidak terkawal.

Dia didakwa di bawah Seksyen 289 Undang-undang Jenayah iaitu pembunuhan dengan sengaja dan berdepan hukuman boleh penjara seumur hidup atau penjara 15 hingga 20 tahun.

Dia juga didakwa membawa senjata di tempat awam tanpa permit mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api, Peluru, Bahan Letupan, Bunga Api, dan Senjata Api Tiruan, yang mana berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda sehingga 10,000 baht (RM1309), atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.032862 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top