Aman Ra tanam jambang bagi memberi kelainan dalam penampilannya. Katanya imej baharunya itu akan lebih sesuai dengan perkembangan usianya yang kini bakal menjengah ke angka 36 tahun.
"Selepas ini, penampilan saya akan lebih kepada rock, berjambang dan botak. Imej itu rasanya lebih matang dan sesuai dengan usia saya," katanya kepada Harian Metro. Aman merujuk dan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar terlebih dahulu.
"Memang saya berniat nak simpan jambang sejak umur saya 30 tahun lagi. Memang ia tumbuh, sebab keturunan di sebelah arwah ibu saya adalah Punjabi. Jadi, memang baka keluarganya rata-rata, yang lelaki ada berjambang. "Jambang saya pula tumbuh agak perlahan dan ambil masa yang agak lama. "Jadi, semasa umur saya 35 tahun (tahun lalu), saya meminta khidmat nasihat daripada doktor pakar dan minta pendapat untuk saya teruskan dengan prosedur menanam jambang," katanya.
Tambah Aman, doktor mengambil masa tiga jam untuk proses mengambil rambut di bahagian belakang kepalanya, berbanding sejam seperti kebiasaan untuk pesakit lain. "Saya maklumkan kepada pihak klinik mengenai imej saya yang botak. Kebiasaannya, proses mengambil rambut dari bahagian belakang kepala memakan masa sejam. "Tapi, untuk saya, mereka ambil masa tiga jam kerana mahu lebih teliti agar parutnya tidak kelihatan selepas sembuh nanti," katanya.
Aman menjalankan prosedur menanam jambang itu pada 30 Mac lalu dan akan mengambil masa enam hingga 12 bulan untuk proses penyembuhan secara keseluruhan. "Menurut doktor, proses penyembuhan selalunya akan mengambil masa selama antara enam hingga 12 bulan, bergantung kepada baka dan keturunan seseorang. "Alhamdulillah, saya rasa setakat ini semuanya okay," katanya.
Terbaharu, Aman kini tampil menerusi lagu Ayuh yang menjadi OST untuk filem Polis Evo 3. Tidak bersendirian, Aman turut beraksi bersama Malique, Kmy Kmo dan Ernie Zakri dalam lagu itu. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|