CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Kewangan Cetus Kemarahan Tulis Babak Seks Dalam Novel

3-5-2023 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 365| Komen: 1

Kemarahan orang ramai meledak apabila Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire menyelitkan babak seks di dalam novel penulisan terbaharunya berjudul Fugue Americaine (American Fugue).

Novel kontroversi hasil penulisan Le Maire dilancarkan ketika gelombang protes ribuat rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar penjimatan Perancis akibat kemelesetan ekonomi, lapor AFP.



News In France

Namun, beliau berpendapat novel itu bersifat "keseimbangan peribadi."

Dalam pada itu, bantahan itu juga menyebabkan indeks penilaian Perancis jatuh daripada AA kepada AA- berdasarkan agensi penilaian, Fitch selepas beberapa jam Le Maire melancarkan novel kelimanya.

Salah satu halaman novel itu mengundang kemarahan orang ramai sehingga membidas menteri yang merupakan penulisnya.

Halaman itu menceritakan tentang salah seorang protagonis, Oskar Wertheimer yang melakukan aksi seksual dengan seorang wanita bernama Julia semasa lawatan ke Cuba.


Sementara itu, ramai mempersoal pengurusan kepentingan menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel, selain dianggap tidak sensitif terhadap krisis semasa dan kemarahan ramai kerana melancarkan novel.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 3-5-2023 11:09 AM
ramai mempersoal pengurusan kepentingan menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel

Ramai ja pemimpin yang ada banyak masa tulis macam2 buku. Sukati dia lah memilih untuk tulis novel.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.501844 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top