CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru 2 Lelaki Susulan Penemuan Bahan Letupan Dengan Alat Kawalan Jauh Di Jalan Klang Lama

3-5-2023 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 233| Komen: 2

Polis mendapati bahan letupan buatan sendiri (IED) menyebabkan letupan kecil di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan laporan diterima pihaknya berhubung kejadian itu pada jam 6 pagi daripada seorang pengawal keselamatan berusia 27 tahun.



Kejadian letupan kecil yang berlaku di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama di sini, awal pagi tadi berpunca daripada bahan letupan buatan sendiri (IED).

Menurut beliau, letupan dikesan berlaku di hadapan sebuah kedai di kondominium terbabit dan hasil siasatan polis menemukan tiga paip polivinil klorida (PVC) yang diubah suai menjadi bahan letupan.

"Pemeriksaan pada paip PVC itu kemudian menemukan alat kawalan jauh (untuk meledak IED).

"Pihak Bomba, Unit Pemusnah Bom dan Unit Forensik Polis turut menjalankan siasatan dan menjumpai serpihan letupan di tempat kejadian.


"Selain itu, pasukan penyiasat berjaya menimbulkan tiga kesan cap jari," katanya dalam kenyataan, semalam.


Foto ihsan polis - Harian Metro

Letupan itu menyebabkan satu lampu jalan yang terletak berhampiran rosak.

Mengulas lanjut, beliau berkata semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian menunjukkan pergerakan imej suspek dipercayai dua lelaki di lokasi terbabit.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan dan menangkap suspek yang mendalangi perbuatan ini.

"Kita juga sedang menjalankan siasatan berhubung motif kejadian ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk hadir ke balai polis berdekatan boleh salurkan maklumat ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Terdahulu, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan menerima maklumat kejadian pada jam 5.47 pagi menggerakan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairuddin Abdurrahman, pasukannnya tiba di lokasi pada jam 5.58 pagi dan mendapati satu lampu di aras bawah bangunan itu terbakar dipercayai akibat mercun.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 3-5-2023 10:24 AM
Malaysia darul bombing in the making.
Quote tahanie 3-5-2023 02:39 PM
Seramnya. Apa kena dengan jiwa orang sekarang

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.059174 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top