Ipoh: Seorang lelaki warganegara Vietnam dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes pembunuhan yang berlaku di Bercham, di sini, pada 18 April lalu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata, lelaki itu dikenali dengan nama panggilan `Tam', berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an, dengan ketinggian antara 165 sentimeter (sm) dan 170 sm. "Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan S Dasarathan di talian 012-5644484 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya menerusi kenyataan, malam ini. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT