Tindakan pelakon Anna Jobling menyantuni seorang kanak-kanak dikenali sebagai adik Sofia yang menderita penyakit otot mengundang perhatian ramai. Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 23, berkata dia dan adik Sofia sudah lama mengenali antara satu sama lain dan kerap berhubung menerusi telefon.
Selepas lama merancang untuk bertemu, akhirnya pada Ahad lalu Anna berkesempatan bertentang mata dengan kanak-kanak berusia 8 tahun itu yang merupakan peminat drama Melur Untuk Firdaus. "Adik Sofia sebenarnya anak kepada kenalan peminat saya. Saya pun dah lama kenal adik Sofia, saya selalu kongsi video dengan dia sebab dia peminat drama Melur Untuk Firdaus. "Kami sememangnya dah lama rancang untuk bertemu tapi disebabkan saya sibuk jalani penggambaran membuatkan banyak kali tertangguh. "Alhamdulillah, Ahad lepas baru saya berpeluang untuk pergi ke rumah dia dan bertemu dengan adik Sofia," katanya kepada mStar.
Mengimbau pertemuan bersama adik Sofia, Anna memberitahu bahawa dia sebak selepas menerima kad tulisan tangan kanak-kanak berkenaan namun berusaha untuk kuat di hadapannya. Malah dia turut membawa beberapa buah tangan untuk menggembirakan adik Sofia ketika pada pertemuan itu. "Saya tak pasti dia sakit apa, tapi setahu saya ia macam penyakit otot yang melibatkan genetik. "Saya sangat sedih dan terharu sewaktu bertemu dengan dia, saya bawa sedikit hadiah macam anak patung, baju serta buah kegemaran dia. "Dia pula ada tuliskan kad untuk saya memang sebak tapi saya tak nak menangis di hadapan dia. Saya tak nak dia nampak sebab keadaan dia macam itu. Saya kena kuat untuk dia," katanya. Kata Anna, adik Sofia sememangnya teruja untuk bertemu namun sedikit malu-malu apabila dapat berborak mesra dengannya. "Dia tahu saya akan datang, dia banyak kali bertanya kepada ibu dia bila saya nak sampai. Bila saya sampai dia memang teruja tapi macam malu-malu sikit," kongsinya. Sebelum ini tular di media sosial yang memaparkan Anna bersama adik Sofia sekali gus mendapat pujian ramai. Malah menerusi hantaran tersebut, adik Sofia telah menyimpan hasrat untuk bertemu Anna sejak berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) lagi. Sumber: mStar
|
sarah_ary2 replied at 2-5-2023 10:08 PM
Budak kecik boleh tgk ke Melur untuk Firdaus tue?
Hoshhi replied at 2-5-2023 10:22 PM
Tak silap iols PG-15 kot ke PG-13. Tapi cite macam ni memang tak bagus lah. Tak membawa apa apa mo ...
Hoshhi replied at 2-5-2023 10:22 PM
Tak silap iols PG-15 kot ke PG-13. Tapi cite macam ni memang tak bagus lah. Tak membawa apa apa mo ...
ADVERTISEMENT