CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Bonus Cuma Beri Duit Raya, Mila Jirin Sedih Dituduh Tak Hargai 200 Pekerja

2-5-2023 09:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3228| Komen: 39|Original author: Tatod

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin meluahkan rasa terkilan apabila dirinya dituduh sebagai majikan yang tidak menghargai pekerja gara-gara tidak memberi bonus pada hari raya lalu.

Mila atau Norsyarmila Jirin, 35, berkata meskipun tiada bonus namun dia tidak lupa memberikan duit raya kepada 200 pekerjanya itu.


"Hari ini aku sangat sedih... aku pilih untuk jadi seorang majikan. Aku selalu fikir apa lagi dapat aku bagi manfaat kepada tim.


"Bila hari ini ada satu hamba Allah fitnah aku tak hargai tim aku. Sebab aku tak bagi bonus bulan raya lepas. Bagi duit raya sahaja pada dua ratus lebih tim aku," katanya.

Mila meluahkan kekesalan itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

Kata Mila, pekerja sudah sedia maklum akan menerima bonus seperti yang dijanjikan namun tidak menyangka perkara itu dibangkitkan oleh individu lain.
Jelasnya, dia tidak akan memaafkan individu berkenaan yang telah menggores hatinya dengan tuduhan tidak berasas itu.


"Pedihnya... aku tak tahu nak cakap sebab orang itu cakap macam dia dah dok sembang dengan aku tanya apa rancangan aku dengan tim pengurusan.

"Tim pengurusan dah aku maklumkan apa target dan bila bonus akan berkuatkuasa. Tapi itulah manusia, bila menulis memang untuk menyakiti hati manusia lain.

"Syabas kau berjaya tapi syabas juga sebab lagi aku tak maafkan... pergi tanya ustaz-ustaz apa kau kena buat," katanya lagi.


Dalam pada itu, Mila berkata suaminya cuba memujuk dirinya agar tidak bersedih dengan kata-kata individu berkenaan.

Ujarnya, dia juga berkongsi rezeki dengan pekerjanya melalui cara yang berlainan.

"Tadi suami aku tegur aku sambil aku lap air mata. Suami kata hidup kita kini bukan untuk pujian. apa kita buat bukan untuk perhatian manusia tapi perhatian Allah.

"Allah pilih aku jadi majikan. Allah pilih aku untuk jadi majikan. Sebulan Allah izinkan aku kongsi rezeki dengan tim aku setengah juta sebulan untuk gaji sahaja. Belum KWSP, SOCSO semua itu," tulisnya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 2-5-2023 11:57 PM
over nau respon nak menangis bagai. nama pun bonus. lainla mydin mmg tak pernah bg bonus hati kering.

semoga bisness berjaya boleh hire lagi ramai pekerja, tp kalau tetapla post utk konten, akak doakan biar org yg lebih bijak berjaya.
Quote KamikuP 3-5-2023 09:52 AM
halah2 halah halah hadap la main medsos kalau hati tisu baik tutup jah medsos ko tu
Quote mamaazim 3-5-2023 09:57 AM
tim tim.. ape tu.. eja lah betul2 team.. kalau nak dimelayukan cakap je pasukan/kumpulan tak pun pekerja2 saya...
Quote ShyDoll 3-5-2023 10:17 AM
mamaazim replied at 3-5-2023 09:57 AM
tim tim.. ape tu.. eja lah betul2 team.. kalau nak dimelayukan cakap je pasukan/kumpulan tak pun pek ...

Haah betul.. Aku pun cringe  nak baca..tim tim..eja betul2..
Quote tipah89 3-5-2023 10:19 AM
dia ni mcm ni tau kalau jadi boss, ko xnak bagi bonus nak bagi duit raya je ke apa ko punya hal tapi jgn tunjuk mewah beli tu ini mcm harta 10 keturunan xabis.. tu yg ada bunyi2 sbb company buat duit kaw2 tapi xde apa effort hargai pekerja. bila melingkup salahkan bangsa xsupport or jin.
Quote fazila17 3-5-2023 10:23 AM
Kumpul rumah banyak2 tapi tak boleh bagi bonus kat staff?
Quote cm_vungtau 3-5-2023 10:25 AM
Nak berlagak aje tu.
Quote supernaturalee 3-5-2023 10:28 AM
tipah89 replied at 3-5-2023 10:19 AM
dia ni mcm ni tau kalau jadi boss, ko xnak bagi bonus nak bagi duit raya je ke apa ko punya hal tapi ...

tu lah
menayang sgt
igt pekerja tu kuli batak xde akal xblh pk ke


tanda2 awal ke ape ni



Quote tipah89 3-5-2023 10:39 AM
supernaturalee replied at 3-5-2023 10:28 AM
tu lah
menayang sgt
igt pekerja tu kuli batak xde akal xblh pk ke

kan..dia lupa perkerja tu pun manusia mcm dia tahu penat n mahu dihargai, bukan robot....setahun sekali kot,ada untung tu share jela bukan tiap kali event success nak kena bagi bonus.. kalau xde make money or cukup2 aku rasa staff pun paham jeee sbb kerja dia pun kurang. ni kerja mcm org gila last2 boss syok sendiri tunjuk mewah staff minta bonus merempannn..

Quote esbok 3-5-2023 10:49 AM
tipah89 replied at 3-5-2023 10:19 AM
dia ni mcm ni tau kalau jadi boss, ko xnak bagi bonus nak bagi duit raya je ke apa ko punya hal tapi ...

Ini botui, teringat plak kisah member, gaji lewat 2-3 bulan, bonus jangan kata. Alih2 orang atas keluar kereta baru, motor besor baru.

Kalau cerita tang sales takde, ni elok aminkan aja beramai2. Sales mencanak, katanya takde sales.
Quote Purplehaz 3-5-2023 10:50 AM
Bagi duit Raya agaknya rm200-300 jer ni..tp syukurlah dari x bagi..hrp staff x bunyi kan

Tapi kan..mesti dia ada ckp psl bonus itu ini masa bg talk kat staff..tu yg staff tuntut
Lainkali jgn sebut or pancing staff sebut bonus..nnti kiranya ko berhutang dgn staff..walau without black&white.
Quote petpot 3-5-2023 12:50 PM
security guard umah aku pun dpt bonus ari raya. tak byk tp boleh la buat utk dorg belanja.
Quote spy_caridotdot 3-5-2023 12:57 PM
Dalam pada sedih2 sempat jugak ye dia brag bayar gaji "tim" dia je setengah jota sebolan! Niat sebenar nak bagitau seantero malasia pendapatan dia!
Quote sayawifenikmie 3-5-2023 01:01 PM
... ingat nak amik pakej milah ni utk majlis kahwin my doter, tiber makcik tu tak nak lah pulak .. nak cari sendiri katanya .. lantak kome .. carilah ....
Quote hyie 3-5-2023 01:34 PM
apa beza bonus dengan duit raya sis?

bonus kena declare income tax, duit raya tak perlu? gitu?

ke amaun bonus mestilah satu bulan gaji, tapi duit raya sikit darip[ada tu macam ratus2 je?

ke acaner tu nyah?

benda2 bonus ni, dia tengok berapa banyak peruntukan yang ada untuk semua orang kat kompeni tu. Dah kalau tak cukup, nak korek kat celah burit kau ke? gitulah adat kompeni persendirian. Lainlah keje gomen. Swasta tak sama ya.

Lagi satu, kau kerja tu pernah mengular tak? ke memang sentiasa patuh dari hari pertama kerja? dia win-win la.

Quote kotakominami 3-5-2023 01:47 PM
Edited by kotakominami at 3-5-2023 01:48 PM

Kak melah oii...gaji stengah jota tu, kwsp, socso semua itu tanggungjawab yg tak perlu diungkit pon sebab pekerja bagi you kederat diorang....bab bonus tu mesti lah you punye 'tim' jugak yg berbunyi org luar nak tau dari mana?.....teringat plak bos duk bising kilang  takde untung tkleh bg bonus pastu angkat bmw ujung taun....
Quote matseh 3-5-2023 02:11 PM
Aku sokokng budak milah ni. X perlu bagi pun bonus. Kecuali ada dlm kontrak. Atau pernah janji masa nak kerja dulu.
Ikut saja kontrak. LAgi pun modal nk start business pun bukan nya duit tu jatuh dr langit.
Jadi untung bayak dia nk beli bungalow, beli Bentley pun boleh.
Quote MsIda 3-5-2023 02:25 PM
Tak minat minah ni...so malas nak komen
Quote sukacactus 3-5-2023 02:27 PM
Biskut timtam

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.226238 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top