CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Ternanti Nasib Siti Bainun Esok

2-5-2023 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 839| Komen: 16

Esok bakal menyaksikan nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sama ada dibebaskan atau disabit kesalahan atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella.


Sinar Harian melaporkan, keputusan di akhir kes pembelaan itu akan diputuskan Hakim Izralizam Sanusi pada jam 10 pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dalam prosiding lalu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas dan Shakira Aliana Alias.


Sinar Harian

Suatu yang menarik perhatian apabila netizen mengkritik Siti Bainun kerana diwakili 10 peguam termasuk pembantu dari lima firma guaman, ketika di peringkat pendakwaan.

Malah, kehidupan peribadi mereka menjadi bualan pelbagai pihak di media sosial.

Ia dihangatkan lagi oleh kenyataan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang membela Bella.


Sebahagian peguam mewakili Siti Bainun ialah Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Nur Ellena Mohamed Razif dan Asiah Abd Jalil.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan empat peguam yang dilantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertindak sebagai peguam pemerhati dalam kes itu.

Keputusan dibuat selepas barisan peguam yang diwakili Datuk Khairul Anwar Rahmat itu memaklumkan bahawa mereka dilantik menjadi peguam pemerhati bagi pihak remaja terbabit.

Selain Khairul Anwar, tiga lagi peguam pemerhati dilantik ialah Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Perbicaraan kes itu bermula 30 Mac 2022 dan pihak pendakwaan menutup kes tersebut selepas memanggil 22 saksi.

Saksi-saksi pendakwaan yang hadir ialah Bella sendiri selaku saksi pendakwaan (SP) ke-18; SP-5, bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; SP-17, pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; SP-1, pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan SP-15, pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.

Pada 24 November tahun lalu, Siti Bainun menangis selepas mahkamah memerintahkannya untuk membela diri atas dua pertuduhan berkenaan.

Bagaikan 'jatuh ditimpa tangga', dua bulan selepas itu, dia sekali lagi menangis kerana kesemua peguam menarik diri sebelum prosiding kes bela diri bermula.

Peguam, Mohammad Farhan menarik diri pada 13 Januari, diikuti Nur Ellena dan Asiah.

Peguam, Nur'Aminahtul Mardiah pula membuat permohonan penarikan diri ketika prosiding terbuka di mahkamah sementara Nurul Hafidzah mengambil tindakan sama dengan membuat permohonan secara bertulis.

Pada 26 Januari lalu, tertuduh memohon prosiding bela dirinya ditangguhkan sehingga keputusan khidmat peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) diperoleh dan dia memerlukan masa sebulan bagi membuat persiapan akhir.

Bagaimanapun, Izralizam berkata, prosiding bela diri diteruskan biarpun pengasas Rumah Bonda itu tidak diwakili peguam.

Izralizam mengarahkan tertuduh yang berusia 31 tahun membaca pernyataan saksinya setebal hampir 200 muka surat agar tidak mengganggu perjalanan kes.

Pada prosiding seterusnya, mahkamah tidak membenarkan Siti Bainun membaca sebahagian besar pernyataan saksinya.

Ia berkaitan tangkap layar hantaran di media sosial Facebook Zurianty dan beberapa rakaman video Bella, termasuk pada sambutan hari raya.

Ia susulan, Zilfinaz memohon supaya beberapa perenggan itu dipadamkan kerana bersifat prejudis.

Tidak lama kemudian, Siti Bainun melantik semula seorang daripada lima peguam iaitu Mohammad Farhan, yang sebelum ini menarik diri daripada mewakilinya, untuk mengendalikan kes itu.

Mohammad Farhan memohon supaya mahkamah membenarkan anak guamnya membaca semua pernyataan bertulis yang dipohon pihak pendakwaan untuk dipadamkan, dengan alasan pernyataan saksi itu tidak bersifat prejudis.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Siti Bainun membaca dua perenggan dalam pernyataan saksinya itu.

Selepas memanggil lapan saksi, pihak pembelaan Siti Bainun menutup kesnya pada 9 Mac lalu.

Antara saksi yang hadir membela Siti Bainun ialah saksi pembelaan (SD) ketiga, rakan pengasas Rumah Bonda; Pegawai Tadbir, Noor Marliana Ramlee dan SD-6, Engku Farah Hanis Abdul Jalil serta SD-8, pensyarah kanan bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai.

Kes Bella tular di media sosial selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda.

Susulan itu, pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pada 20 November tahun sama, pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 2-5-2023 03:05 PM
Semoga dipermudahkan utk esok.
Quote beautifulorchid 2-5-2023 03:13 PM
Semoga kene sebat...
Quote supernaturalee 2-5-2023 03:16 PM
semoga hakim dpt judge dgn seadil2nya

Quote Purplehaz 2-5-2023 06:01 PM
Lepas tanpa dibebaskan ..kalau masuk campur pihak yg lg satu tu.

Semoga pendera bella dijatuhkan hukuman setimpal oleh mahkamah yg dikatakan telus skg ni.
Quote Kitty_catz 2-5-2023 06:15 PM
semuga sheols makin gems even duk dlm penjara yach

bior sheols rasa seksa tadapat mentakedarah dohpohpatjam disebalik tirai besi iteww.. tp badan mantain montel
Quote bulanbulat 2-5-2023 06:32 PM
Apa agaknya strategi ramai2 tarik diri tu. Lepas tu gi tengok movie sesama. Bukan gaduh, so what?
Quote fortiori13 2-5-2023 09:30 PM
Moga  benon ke laut dalam. .
Quote fortiori13 2-5-2023 09:30 PM
Moga  benon ke laut dalam. .
Quote kakikuDibibirmu 2-5-2023 09:31 PM
Bainun badak air tersenyum sinis
Quote mojarean_X 3-5-2023 12:55 AM
Semoga keadilan utk Bella. Tp kalo beliau terlepas seolah2 mengesahkan dakwaan tommy thomas dlm bukunya itu arilah
Quote supernaturalee 3-5-2023 10:00 AM
mojarean_X replied at 3-5-2023 12:55 AM
Semoga keadilan utk Bella. Tp kalo beliau terlepas seolah2 mengesahkan dakwaan tommy thomas dlm buku ...

tt dakwa ape sis


btw any updates yet?


Quote pittjie 3-5-2023 10:23 AM
Kitty_catz replied at 2-5-2023 06:15 PM
semuga sheols makin gems even duk dlm penjara yach

bior sheols rasa seksa tadapat mentakedarah d ...

mana ada dia duduk dalam penjara. masa kena soal siasat pun tak masuk lokap kan. special case sgt.

Quote cmf_PariS 3-5-2023 10:49 AM
so dh ada jawapa ke korang
Quote cmf_PariS 3-5-2023 11:13 AM
ok besalah.. rasakan
Quote Kitty_catz 3-5-2023 01:19 PM
pittjie replied at 3-5-2023 10:23 AM
mana ada dia duduk dalam penjara. masa kena soal siasat pun tak masuk lokap kan. special case sgt. ...

tu dah sabit , dua blas tahun penjara

kut tak masuk ke dalam selepas rayuan, bapak besau cable, lagi besauuu dr badan sheolssss

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.139013 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top