CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Rendah Sangat, Punca Kaum Bukan Bumiputera Tak Berminat Langsung Nak Sertai ATM

2-5-2023 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1419| Komen: 39

KUALA LUMPUR: Struktur gaji bagi sektor pertahanan negara yang tidak setanding dengan syarikat-syarikat swasta menjadi antara punca kaum bukan bumiputera tidak berminat untuk menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 


Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman berkata, jumlah kemasukan kaum bukan bumiputera yang sedikit ini juga tidak berkaitan dengan isu kuota yang ditetapkan ATM. 

Tegas Mohammad, pihak ATM tidak pernah menetapkan sebarang kuota bagi mana-mana bangsa dan sentiasa mengalu-alukan penyertaan semua kaum di Malaysia untuk berkhidmat dengan mereka. 


Foto: Utusan

“Saya percaya yang menjadi punca (kurang penyertaan kaum bukan bumiputera), mungkin adalah faktor kewangan. Kalau kita tengok pada agensi-agensi lain juga, penyertaan kaum lain selain bumiputera memang tidak banyak. 

“Selain itu, untuk menyertai ATM juga memerlukan hati yang cekal. Anggota ATM terikat dengan peraturan-peraturan tentera yang mungkin tidak mendatangkan minat dari kaum-kaum lain.


“Tidak seperti di luar sana, semua individu bebas untuk buat apa sahaja dan jika dengan ATM, kita ada peraturan tersendiri. Bagaimanapun, tidaklah itu membebankan, ramai yang sertai ATM baik-baik saja,” katanya dalam sidang akhbar di Kem Perdana Sungai Besi. 

Terdahulu, Mohammad menyempurnakan Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-29 bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat.

Seramai 53 pegawai dan 1,553 anggota Lain-Lain Pangkat (LIP) terlibat dalam perbarisan ini dengan diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-9 Reiimen Askar Melayu Diraja (Para), Leftenan Kolonel Mohd Farid Abd Hamid. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 2-5-2023 11:48 AM
Edited by B40tastePosh at 2-5-2023 11:50 AM

Baik ko ambil kursus kemahiran masa umur 18 dan 20 an dik...

Kalau nak bina karier kau betul².

Kalau kau ambil tentera, hujung² kau kena ambil juga kursus kemahiran...takkan umur 40 tahun kau baru nak bina karier.
Quote copy_paste 2-5-2023 11:54 AM
B40tastePosh replied at 2-5-2023 11:48 AM
Baik ko ambil kursus kemahiran masa umur 18 dan 20 an dik...

Kalau nak bina karier kau betul².

kan, biase org habis servis tentera ni dpt pencen pun berapa je,pastu cuma mampu keje guard
Quote pokokmeranti 2-5-2023 12:03 PM
copy_paste replied at 2-5-2023 11:54 AM
kan, biase org habis servis tentera ni dpt pencen pun berapa je,pastu cuma mampu keje guard

adik ipar aku pencen tentera...Rm3k/sebulan. srkrg kerje bawa lori.
Quote B40tastePosh 2-5-2023 12:07 PM
Edited by B40tastePosh at 2-5-2023 12:09 PM
copy_paste replied at 2-5-2023 11:54 AM
kan, biase org habis servis tentera ni dpt pencen pun berapa je,pastu cuma mampu keje guard


Abang Ipar aku memang la rumah kereta ada ..tapi memang kalau balik kampung buah sebijik tak mampu beli nak bawa sbg buah tangan..bini dia (kakak aku) siap meminjam duit dari abah.

pergi kursus pendawaian, lepas kursus buat kerja wiring tapi tak sempurna la kerjanye macam orang2 dah lama kerja...orang² muda lagi expert kerja wiring dari dia yg tua , lepastu sakit tengkok, lepastu jadi driver teksi bersaing dengan E Hailing pulak, buat ayam golek kena pau dengan abg kawasan, sekarang bawa Bas Rapid KL.

Tentera kena pau dengan abang kawasan...tentera apooo
Quote B40tastePosh 2-5-2023 12:12 PM
copy_paste replied at 2-5-2023 11:54 AM
kan, biase org habis servis tentera ni dpt pencen pun berapa je,pastu cuma mampu keje guard

Memang tu jelah karier yang sesuai untuk diorang, berkawad pagi petang siang malam...lepastu sembang pasal perempuan.

Quote copy_paste 2-5-2023 12:14 PM
pokokmeranti replied at 2-5-2023 12:03 PM
adik ipar aku pencen tentera...Rm3k/sebulan. srkrg kerje bawa lori.

3k sebulan,byk tu,dia pencen pegawai ke
Quote copy_paste 2-5-2023 12:15 PM
B40tastePosh replied at 2-5-2023 12:07 PM
Abang Ipar aku memang la rumah kereta ada ..tapi memang kalau balik kampung buah sebijik tak mampu ...

kalo usia 40an mmg susah nk cari kerja yg kena dengan diri,tapi kurang2 ade jgk pencen bulanan

Quote B40tastePosh 2-5-2023 12:16 PM
Kerja Uniform yang ada pride kat Malaysia ni biasanya Bomba atau Polis atau JPJ atau Penguatkuasa Kerajaan Tempatan.

Biasa kalau Non Bumi ni banyak dalam PDRM je.

Tentera ni maybe last choice untuk budak kampung yang tak mampu sambung STPM. Kalau tak masuk tentera maybe jadi Mat Pet atau Mat Rempit dalam kampung tu.
Quote B40tastePosh 2-5-2023 12:18 PM
copy_paste replied at 2-5-2023 12:15 PM
kalo usia 40an mmg susah nk cari kerja yg kena dengan diri,tapi kurang2 ade jgk pencen bulanan

Memang duit itu jelah nak bayar segala hutang rumah dan kereta.
Quote dua_chzy 2-5-2023 12:18 PM
Baik ambil path kerjaya bomba daripada jadi tentera.
Quote B40tastePosh 2-5-2023 12:21 PM
Edited by B40tastePosh at 2-5-2023 12:22 PM
copy_paste replied at 2-5-2023 12:15 PM
kalo usia 40an mmg susah nk cari kerja yg kena dengan diri,tapi kurang2 ade jgk pencen bulanan


Kalau kerja tu dia dah buat dari umur 20 an takde nye sakit tengkok masa umur 40an.


Memang tak biasa buat la sakit tengkok tu.

Drive drive lori tu last choice diorang la..sama macam awal² diorang join tentera masa kat kampung dulu. Destiny memang camtu.
Quote B40tastePosh 2-5-2023 12:22 PM
dua_chzy replied at 2-5-2023 12:18 PM
Baik ambil path kerjaya bomba daripada jadi tentera.

Bomba tengok juga...kalau kontrak tak guna gak..
Quote B40tastePosh 2-5-2023 12:28 PM
Kalau dah tahu tak pandai jangan la masuk tentera, ambil kursus welder kat IKBN, lepastu sambil tu belajar bahasa Norway.

Kemudian migrate ke Norway jadi Welder kat Negara Kaya....berubah life ko 360°.

Merepak je orang yang konon patriotik tapi terpaksa survive hidup dengan gaji minimum dan meminjam kat circle korang...macam takda maruah.

Hidup ni kena ada maruah...terutama dari segi kewangan.
Quote dua_chzy 2-5-2023 12:30 PM
B40tastePosh replied at 2-5-2023 04:22 AM
Bomba tengok juga...kalau kontrak tak guna gak..

Laaaa dah kontrak juga rupanya deols sekarang?
Quote B40tastePosh 2-5-2023 12:34 PM
dua_chzy replied at 2-5-2023 12:30 PM
Laaaa dah kontrak juga rupanya deols sekarang?


Iya sebab aku tanya kawan aku dia kata dia bomba kontrak je...dan kata dia macam swasta je keje.????

Lebih kurang macam kerja Speedmart 99 tu je.

Malas nak ajar orang lebih2 kan...kalau ikut rase nak je nasihatkan dia masuk Institut Kemahiran sebelum jadi tua bangka yg tak melayakkan dia belajar di Institut² kemahiran tu lagi
Quote Beribear 2-5-2023 01:05 PM
Yeye je gaji rendah. Yg taraf spm tu pon dah 1.5k. Belum lg mcm² benefit percuma. Beli rumah condo pon ada khas utk tentera rm200k pon paling mahal. Ada potongan khas utk mak & wife, ke allowance tah. Belum citer semua petrol, barangan runcit dlm kem semua murah. Belum citer lg bab sakit, semua ada claim. Apa lagi tak cukup tah
Quote jfq 2-5-2023 02:05 PM
Tentera kenapa kena pencen awal? Unlike penjawat awam yg lain
Quote TomyamPuteh 2-5-2023 02:10 PM
Dh la x nk join. Lps tu kutuk2 pulak. Cam sial puak2 sepet dgn karipuley nih.
Quote ResellerMaxis 2-5-2023 03:21 PM
Xyah lah ada atm ni. Bayar je tentera us or China bila perlukan perlindungan

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.059327 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top