Penyanyi rap, Aman Ra, 36, selalu mengelak daripada media apabila menyentuh isu perayaan Aidilfitri. Justeru, kali ini Aman memberi penjelasan mengenai tindakannya itu dengan berkongsi kisah perjalanan kehidupannya tatkala membesar yang tidak meraikan Aidilfitri seperti mana orang lain.
"Kalau bercerita mengenai rutin Aidilfitri, sejujurnya saya tak pernah meraikan Aidilfitri sepanjang saya membesar. "Sebenarnya, saya banyak 'lari' daripada media sebab saya tak tahu nak kongsikan apa mengenai diri saya. Rasa segan pun ada sebab saya tak membesar meraikan Aidilfitri seperti orang lain. "Bila dah semakin dewasa, saya cuba 'fit in' dengan kehidupan seperti orang lain dan ikut arus kehidupan," katanya. Aman berkata, dia menjadikan bumi tempat dia berpijak kini sebagai kampung halamannya. "Kedua-dua ibu bapa saya dah meninggal dunia. Arwah mak saya, seorang mualaf, meninggal dunia pada 2013, manakala arwah ayah pula meninggal dunia pada Disember 2021.
"Di mana saya berada, di situlah kampung saya. Jadi, kampung saya sekarang adalah di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Memang di sini jugalah saya akan meraikan Aidilfitri," katanya. Katanya, kisah dan jalan cerita kehidupannya mungkin sama dengan individu lain sekali gus membuktikan bahawa mereka tidaklah terasing. "Saya tahu, mungkin ramai orang melalui pengalaman seperti saya, cuma mungkin saya yang rasa segan sikit sebab bila kita tak nampak Melayu sangat, orang akan bercakap begitu dan begini. "Tapi, perlahan-lahan, saya cuba kongsikan sedikit mengenai diri saya. Setidaknya, mungkin ada orang di luar sana yang ceritanya sama seperti saya akan rasa okay dan tak rasa mereka sendirian," katanya. Berkongsi lebih lanjut mengenai kehidupan masa silamnya, Aman kini perlahan-lahan belajar mengenai adab dan adat Melayu. "Kalau bercakap mengenai baju Melayu, dulu saya selalu pakai baju cekak musang. Tapi, masalahnya saya selalu hilangkan butang. Jadi, sekarang saya lebih selesai memakai baju teluk belanga dan baju batik. "Saya semakin belajar mengenai adab dan adat kita. Perlahan-lahan, saya belajar mengenai pakaian tradisi, sampin dan sebagainya. "Baju Melayu dan butang contohnya, ada simboliknya tersendiri. Kita belajar mengenainya sedikit demi sedikit," katanya. Terbaharu, Aman kini tampil menerusi lagu Ayuh yang menjadi OST untuk filem Polis Evo 3. Tidak bersendirian, Aman turut beraksi bersama Malique, Kmy Kmo dan Ernie Zakri dalam lagu itu. Sumber: Harian Metro
|
..cuma mungkin saya yang rasa segan sikit sebab bila kita tak nampak Melayu sangat..
prince_marhaen replied at 2-5-2023 01:13 PM
alah alah alahh Aman Bin Jamaludin ni... terpaling membesar KL, terpaling budak town, terpaling ta ...
lasagna replied at 2-5-2023 01:31 PM
sexting masa umrah??? mak aiiii.. dahsat
prince_marhaen replied at 2-5-2023 01:37 PM
..masa ex wife heols merentan haritu...
laksmanabentan replied at 2-5-2023 01:37 PM
alolololo....
nak propa pun tak yah lebih2 weeyy... bau hancinggg....
MsCinderella replied at 2-5-2023 02:17 PM
big kantoi punya......
haha lawak
prince_marhaen replied at 2-5-2023 01:13 PM
alah alah alahh Aman Bin Jamaludin ni... terpaling membesar KL, terpaling budak town, terpaling ta ...
ADVERTISEMENT