CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Curang Satu Pilihan, Kesetiaan Ialah Tanggungjawab – Farid Kamil

1-5-2023 07:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2214| Komen: 16|Original author: Tatod

Seperti saling berbalas, pelakon Farid Kamil sekali lagi menuai perhatian ramai apabila berkongsi petikan mengenai kecurangan dalam InstaStorynya semalam.

Dalam perkongsian tersebut yang dimuat naik pemilik nama penuh Farid Kamil Zahari berkenaan, curang disifatkan adalah jalan yang dipilih oleh seorang individu dan bukannya perbuatan yang tidak disengajakan atau tersalah langkah.


“Selalu ingat, curang adalah satu pilihan bukannya kesalahan.

“Manakala, kesetiaan ialah tanggungjawab dan bukan pilihan,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Legenda Budak Setan itu tidak memberi sebarang bayangan petikan tersebut ditujukan kepada mana-mana pihak.


Semalam, isterinya yang juga pelakon Diana Danielle memberi bayangan menerusi perkongsian InstaStory bahawa Farid tidak mengenal dirinya susulan dakwaan curang yang dilemparkan oleh suaminya itu.

Kata Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, selepas hilang perasaan cinta terhadap suaminya itu, hatinya sudah tidak dapat lagi menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan diri terus dilukai.

Pada 1 Syawal lalu, pengarah dan pelakon terbabit dilihat menyambut hari raya secara berasingan dan terpaksa memisahkan anak-anak mereka buat sementara.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini belum bernoktah apabila Farid enggan menceraikan Diana dengan alasan percaya hubungannya dengan isteri boleh diselamatkan.

Sebelum itu, pada 10 Mac lalu Diana mengejutkan industri hiburan negara apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Farid di Mahkamah Rendah Syariah Petaling atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Ketika sebutan permohonan cerai tersebut, mereka dinasihatkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam, Selangor untuk berdamai.

Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 2012 itu bakal menghadiri prosiding sulh kedua yang dijadualkan pada 25 Mei depan.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun.



Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 1-5-2023 03:08 PM
Dia faham tak ape yg dia tulis tu

Curang satu pilihan bknnya kesalahan

Tengah mengacip ke
Quote slyfynx 1-5-2023 03:10 PM
@tatod
Ni bod isu semasa daaaaaaaaa
Quote PULANGKAN 1-5-2023 03:21 PM
primarikey replied at 1-5-2023 03:08 PM
Dia faham tak ape yg dia tulis tu

Curang satu pilihan bknnya kesalahan

Iols pun tengah gelak confuse ni  
Quote kaedahnya 1-5-2023 03:36 PM
agittew pak yid oii
Quote totokreturn. 1-5-2023 03:54 PM
DD tak nyesal ke lepaskan suami dia yg hensem ni
Quote Purplehaz 1-5-2023 10:58 PM
Yg benar kesetiaan ialah setia menjaga hati psgn which is bukan skdr tidak curang (ada org ke3)..tp perbuatan psgn yg menyakitkan hati spt isap dadah, kaki Judi, drunk, Pukul,  buli...rasanya SAMA jer kesakitan spt curang atau ada org ke3 atau lebih teruk dari curang.
Nauzubillah.
Quote samshik 2-5-2023 05:19 AM
Astaga... English ko payed... Level sasterawan dah ni.. Terkacip teruk naw..
Quote SalenaGomez 2-5-2023 06:13 AM
Edited by SalenaGomez at 2-5-2023 06:16 AM
primarikey: Dia faham tak ape yg dia tulis ...


Maksud ayat first tu  kalau di translate direct ke bm mmg agak confuse

Curang tu kalau berlaku, orang yang membuat kecurangan tu x boleh guna reason perkara tu adalah kesilapan dia melakukan curang, tetapi dia yang memilih utk curang. So curang yang dia lakukan tu adalah pilihan dia sendiri, bukanlah kerana kesilapan…which is maksud nya lagi teruk la perbuatan mencurang tu. Sebab kau memilih utk melakukan kecurangan dan, bukan lah disebabkan kesilapan then kecurangan itu berlaku
Quote MatDeghem 2-5-2023 07:51 AM
primarikey replied at 1-5-2023 03:08 PM
Dia faham tak ape yg dia tulis tu

Curang satu pilihan bknnya kesalahan

Bg mat rasa...mistake tu maksud nya 'terbuat' atau 'terjadi'.  

Quote Burong_Hantuk 2-5-2023 08:08 AM
Quote naina 2-5-2023 08:11 AM
primarikey replied at 1-5-2023 03:08 PM
Dia faham tak ape yg dia tulis tu

Curang satu pilihan bknnya kesalahan

Maksudnya curang tu pilihan bukan kesilapan yang tidak disengajakan..
Quote 3chanceno 2-5-2023 08:30 AM
Edited by 3chanceno at 2-5-2023 08:33 AM

"Curang adalah satu.pilihan bukannya kesalahan"

Maknanya tak salah mencurang kerna itu pilhan masing2 ke camna nie? mengkacip jugak satu pilihan bukan kesalahan eh?
Quote Rogue98 2-5-2023 08:38 AM
parit dgn samdol dah boleh jd bff ....dua2 play victim and menunggang agama skrg.
sendiri pun tak terurus....tanggungjawab sebagai suami n bapak pun ke laut tapi nak salah kan isteri. kalau tak mampu nak jaga hati isteri tak payah lah kahwin ...buat semak jer.
Quote BoongaKertas 2-5-2023 09:05 AM
SalenaGomez replied at 1-5-2023 10:13 PM
Maksud ayat first tu  kalau di translate direct ke bm mmg agak confuse

Curang tu kalau berlaku, o ...

ni pemahaman iols gak. iols plak yg ttiba curiga dgn kefahaman sendiri bila baca komen forumer lain.
Quote Manusiabesa 2-5-2023 09:49 AM
Nmpk lg byk buruk dr baik ya bila court case sdg bejalan. Lawyer msing2 tgh study file2 anak guam, tp anak2 guam saling buka aib kt sosmed.... nescaya fk jua actually tgh tnjuk true colour wife dia jugak. Dlm dunia nie smua manusia xlari dr silap trmasuk lah DD. Msing2 ada own point, tgh saling attack agituew... yg mangsa ialah anak2.. how childishly their parents are... sad !!

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.047873 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top