Pernah bersaing dalam program realiti, Big Stage musim ketiga, penyanyi Amir Hasan, 26, masih perlu berusaha membina nama dan populariti. Kehilangannya selama setahun bukanlah bermakna Amir atau nama sebenarnya, Amir Abu Hasan berputus asa, sebaliknya cuba mengembangkan sayapnya dalam cabang berbeza, namun tidak lari daripada bidang seni.
"Saya tahu fasa turun naik sebelum memasuki industri seni. Saya perlu mencari wang untuk sara hidup, jadi saya memutuskan bekerja di sebuah syarikat sebagai pakar kempen. "Saya berehat selama setahun kerana memberi fokus kepada kerjaya ini. "Saya tidak menyanyi bukan hanya kerana sibuk, tetapi sebagai langkah berehat seketika daripada radar dunia nyanyian. "Namun, saya masih menghasilkan lagu dan bertugas sebagai penyusun vokal sepanjang tempoh ini. "Saya kembali aktif apabila berhenti kerja sejak Januari lalu. Sekarang, saya nekad untuk terus aktif," katanya kepada BH Online.
Amir berkata, banyak ilmu diperoleh untuk membangunkan syarikat pengurusan, Karya. "Jujurnya, kenapa saya mencari kerja tetap kerana kerjaya artis tidak mampu meletakkan makanan atas meja, tambah pula banyak saingan. "Jadi, saya menimba ilmu dan pada masa sama, saya mengenali pempengaruh media sosial dan artis lain. "Disebabkan itu, saya sudah mempunyai syarikat pemasaran selepas berhenti kerja tetap. "Jadi, saya boleh membahagikan masa dengan kerjaya nyanyian dan perniagaan. "Walaupun belum ramai pelanggan, tetapi syarikat saya sudah bergerak. Saya menguruskan pempengaruh media sosial dan mencari pelanggan bagi kempen," katanya.
|
dudaberhias replied at 1-5-2023 02:33 PM
who is yuhhhh.... macam gampunk je muka ko dik lagi nak tembusi pasaran indonesia... jantan berbulu ...
TomyamPuteh replied at 2-5-2023 09:14 AM
@dudaberhias taste dia ni sbb jambu katanya.
ADVERTISEMENT