CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Yang Nak Bunuh, Santau Isteri Dan Anak Hattan

1-5-2023 01:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4192| Komen: 67|Original author: Tatod

Datin Arianie Abidin, 52, mendedahkan suaminya menerima ugutan bunuh daripada segelintir netizen serta ada juga yang mengatakan untuk menghantar santau kepada isteri dan anak kepada penyanyi, Hattan.


Menerusi perkongsian di IG Story, Arianie yang juga isteri kepada penyanyi itu mengakui dia meneitiskan air mata tatkala membaca komen dan mesej di Instagram suaminya.

Situasi itu adalah susulan kontroversi Hattan menempelak pembaca berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan mengenai pemergian Mael XPDC, baru-baru ini.

Arianie dan Hattan

Selain itu, Hattan turut dikatakan menerima pelbagai mesej berbaur hinaan dan cacian dengan bahasa amat kasar yang mendakwa dia kurang ajar dan tak beradab terhadap pembaca berita terbabit.

Arianie berkata, dia akan setia menyokong suaminya itu walaupun pelbagai kecaman dilemparkan selain menerima komen berbaur ugutan menerusi 'direct message' di Instagram.


"Jarang-jarang saya meluahkan perasaan kat IG (Instagram) saya. Hari ini saya nak jadi netizen-netizen yang meluahkan perasaan kat IG Story. Mengenai kes suami saya yang viral dikecam, dihentam, dicaci, dimaki, dihina, disumpah, diugut dari netizen-netizen yang sangat mulia dan begitu baik budi bicara.

"Walaupun ramai yang kata bagilah pencerahan, tapi bagi saya tak perlu kot sebab saya pasti kalau saya berkata pasti ada yang kata 'ala suami dia mestilah dia pertahankan, tak gitu? Tak apalah biarlah saya simpan cerita sebenar. Hanya keluarga dan saya saja yang kenal dia," katanya.

Arianie turut mendedahkan Hattan tidak membaca semua mesej dan komen netizen itu kerana dia yang mengendalikan akaun Instagram suaminya itu.

"Saya yang jaga IG suami. Saya yang muat naik video dan sekarang saya yang 'private'kan Instagram Hattan. Ini kerana saya tak mahu anda semua tambah dosa.

"Suami saya memang tak baca pun. Kalau nak komen, itu pilihan anda dan komenlah di ruang yang sedia ada, okay," katanya.

Menurut Arianie, walaupun menitis air mata apabila membawa komen dan mesej berkenaan, tetapi sebagai isteri dia perlu kuat dan selalu berada di belakang suami.

"Tak kira apa pun. Baik buruk dia, dia adalah suami saya.

"Semoga kita semua ambil iktibar. Tiada siapa pun yang sempurna. Setiap manusia ada buat kesalahan. Janganlah kita berkata komen hingga menimbulkan fitnah. Takut yang dianggap salah yang dapat pahala. Kita pula dapat dosa," katanya.

Dalam pada itu, Arianie juga kesal dengan netizen terbabit yang mendakwa Hattan biadap, kurang ajar dan tidak beradab, tetapi mereka sendiri menulis komen dan menghantar mesej yang penuh dengan kata-kata cacian, carutan dan hinaan.

Sementara itu, Hattan yang dihubungi Harian Metro enggan mengulas mengenai isu kontroversi itu dan mengambil langkah mendiamkan diri. - CARI


Sumber: Harian Metro, IG Arianie

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosevelvet 1-5-2023 01:51 PM
Mmg itulah mknnnya. Ko ingt senang ke hidup lps ko dah malukan org 1 malaya n ko reluctant utk apologise. Mmg takk la kannn
Quote sukacactus 1-5-2023 01:56 PM
Org tua mmg degil
Ha tu je nak ckp
Quote kucing_gebu 1-5-2023 02:22 PM
Aku xcaya. Ni sekadar nk raih simpati tutup kesalahan laki je ni
Quote anilanil 1-5-2023 02:23 PM
Wat lek wat peace je la tin. Takde makne nyer nak santau sbb hal remeh temeh. Ntah2 yg komen tu budak sekolah. Ingat santau free?
Quote Innrukia 1-5-2023 02:25 PM
netizen & hattan takde beza pun.
Quote alesandra 1-5-2023 02:26 PM
Yg kelakar nya laki dia boleh x tau tgh interview live.dok marah org x professional..x buat homework.dia sendiri tgh berckp dgn sapa ,apa pun xtau.mcm celaka  je pangai.dan aku rasa patut newscaster tu pun bila dia kena attack tu..patut celah kita tgh live skrg ke?tapi tula aku rasa sheol pun panik.x sangka mangkok tu nak tunjuk poyo.
Quote dudaberhias 1-5-2023 02:27 PM
dah kau pun baran dengan mulut takde insurance... memang selayaknyalah...

elok busungkan je sekali...

lepastu mati ala2 tanah kubur indonesia... mayat terpelanting dan tergolek masuk dalam pembancuh simen...

boleh la anak bini sedara mara ko je husnuzon claim... arwah dulu baik orangnya dan rajin buat kerja... dah mati pun gigih nak membancuh simen lagi untuk tarap lantai rumah jiran... walhal???

Quote imanjannah 1-5-2023 02:37 PM
dudaberhias replied at 1-5-2023 02:27 PM
dah kau pun baran dengan mulut takde insurance... memang selayaknyalah...

elok busungkan je sekali. ...

ko ni kaka dud..
Quote ketupatnasi 1-5-2023 02:39 PM
Bangang je percaya.
Netizen tgk drama bodo si husna pijak heroin mengandung pun boleh ugut bunuh n nk meludah pelakon. Apoooo??
Quote epal_putih 1-5-2023 02:48 PM
kekkekek
adakah ini utk meraih simpati??
Quote matjerk 1-5-2023 02:55 PM
alesandra replied at 1-5-2023 02:26 PM
Yg kelakar nya laki dia boleh x tau tgh interview live.dok marah org x professional..x buat homework ...

Oh ye ke Hattan x tau intvw live dlm Berita?..
Klu dia x tau.. means dia la x buat hwork..
Tak tnya detail.. call utk apa? Siaran apa? Program apa? Main saukkkkk je.... ???? Dah tua pun voddo...
Quote Hoola 1-5-2023 02:55 PM
"not interested"jawaban dari netijem
Quote awenda507 1-5-2023 02:58 PM
Mengaku salah n mintk maaf jela. Dpd bg alasan bodo2 gini
Quote Thunderclouds 1-5-2023 03:07 PM
Akak patot wat status mintak maap bg pihak somi.
Mngaku ja terkhilaf.
Done. Instead of tulih karangan 150pth pktaan cita kna ugut santau bgai.
Ummah mulayu ni pemaaf & cepat lupa.
Xrugi pn fake humble.
Quote winky1 1-5-2023 03:21 PM
Isteri dia kata tak ada manusia yang sempurna dan ambil iktibar. Alhamdulillah. She s not really backing up the chuben tapi sedih about the kecaman. Sabor jelah Ariani. A better husband is otw for you.
Quote mehmet 1-5-2023 03:24 PM
Mana baca Kata Tok Tan tak ada siapa info apa. Dia dapat call pun waktu baring. Nak buat homework mcm mana. Entah2 Tok Tan ingat reporter call biasa2.
Quote mehmet 1-5-2023 03:27 PM
Tin Ariani patut clearkan apakah Tok Tan benar tak ada siapa info Tok Tan kena jawab the call itu Live.
Quote mehmet 1-5-2023 03:28 PM
Cukup2lah kata family saya tahu hal sebenar. Bagitahu lah. Ada ke tak Tok Tan tahu whats coming ? Atau tiba2 dapat call. Tin ini pun berjela2 karangan.
Quote Diamondmoney 1-5-2023 03:32 PM
Aku rasa si atan ni selalu malukan org. Tu dpt pembalasan cash


Mesti selalu dia malukan org then dia tak rasa pun dia buat salah. Sejenis ego hidung tinggi ni

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.048378 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top