Kuala Lumpur: Datuk Seri Siti Nurhaliza berterima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil atas keprihatinan beliau terhadap isu berita palsu yang dikaitkan dengannya, baru-baru ini.
Siti, 44, sebelum itu berkongsi luahan di Instagram Story terhadap berita palsu yang membabitkannya sebagai memberi teguran kepada pihak berkaitan serta media berkenaan agar berhenti dan tidak berhajat nak membesarkannya. "Terima kasih di atas keprihatinan YB (Yang Berhormat) terhadap isu berita palsu, buli siber dan sebagainya. Hal ini sudah sering terjadi bukan saja kepada saya sebagai individu tetapi juga banyak pihak lain. "Kesedaran masyarakat harus dibendung mengenai berita-berita palsu yang keluar di media sosial. Jadilah pengguna yang berhemah, matang menilai dan tidak menggunakan akal, jari, ilmu yang Allah pinjamkan kepada perkara yang tidak berfaedah," katanya.
Terdahulu, Siti mendedahkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan namanya dengan membuat akaun Facebook palsu dan menyebarkan kenyataan berhubung kehadirannya untuk memeriahkan sebuah majlis di Kedah yang didakwa majlis politik. Justeru, kenyataan palsu itu kemudiannya digunakan sebuah portal hiburan untuk dijadikan bahan berita bertajuk 'Siti Nurhaliza tak sangka rumah terbuka jadi majlis politik' dan mendapat perhatian ramai. Sehubungan itu, Fahmi menerusi catatan di Facebook mengulang siar hantaran dibuat Siti yang menafikan ia satu berita palsu mengaitkan dirinya dengan sebuah majlis politik di Kedah. "Berita palsu ini tersebar sejak semalam dan menjadi fitnah yang merebak jauh ke pelbagai komuniti, malah ada yang percaya dan ada juga yang jadikannya bahan politik. "Rakan-rakan media diingatkan agar sentiasa mengesahkan info dan sumber sebelum menerbitkan berita agar tidak timbul isu seperti ini. Tindakan undang-undang juga boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Innrukia replied at 1-5-2023 01:43 PM
Siti Lalang
tikusmontok replied at 1-5-2023 04:08 PM
Raya ni dia n suku sakat dah cakar tangga rumah nwart belum?
ezacbee replied at 1-5-2023 06:47 PM
Demi sesuap nasi..
ADVERTISEMENT