Oleh : Dean BZ
Kepada penggemar ikan darat pasti tidak dapat melupakan keenakkan asam pedas ikan puyu. Ikan ini dianggap "rare" kerana sukar didapati di bandar-bandar. Kebiasaannya ikan puyu hanya terdapat di kampung-kampung dan sekitar sawah padi. Cerita banyak tak best juga, jom cuba resepi ini malam ni. Tapi mana nak dapat ikan ni pandai-pandai lah anda cari.. Kalau susah sangat, pakai ikan keli pun boleh. Dekat pasaraya atau pasar basah banyak dijual. Bahan-bahannya: ikan anggaran dalam 1kg - haruan, puyu, keli, sepat siam
atau ikan yang sesuai 1/2 kg terung atau timun sedikit asam jawa - ambil airnya garam dan minyak masak Bahan untuk ditumbuk: 10 tangkai cili kering 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 2cm kunyit hidup 1cm halia Cara membuatnya: 1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan air dan air asam jawa dan biarkan hingga mendidih. 3. Setelah mendidih masukkan ikan dan terung/timun dan garam. 4. Biarkan hingga ikan masak dan terung/timun turut masak. (jangan biarkan terlampau empuk) siap masak. # kalau nak lebih masam boleh tambah asam keping. # boleh tambah air kalau terlalu pekat. Sumber resepi oleh : express-recipes.blogspot.my
|
7
Bagus |
10
Marah |
2
Terkejut |
11
Sedih |
11
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Mamason replied at 22-5-2023 03:07 PM
Uishh sedap nyaaa... Arwah emak teman dulu rajin masak ghope ini.. aje sedap dihirup kuah nya kome n ...
dilaOHdila replied at 23-5-2023 09:18 AM
WAH ikan puyu Komer
Payah jumpa ni melainkan teman balik kg masuk sawah komer
ada sini pun puyu ...
Mamason replied at 23-5-2023 10:48 AM
Ikan pekasam pun buat style kome masak pun sedap... ate, kome makan ke ikan pekasam?? Kot le kome ...
nebbit replied at 16-10-2023 12:50 PM
Sedapp nyaaa ikan pekasammmm. Perah limau picit lada, hiris bawang. Terliurrr pulerr
Mamason replied at 19-10-2023 09:53 AM
Aje benooo weh... Ikan pekasam favourite forever laa kalau teman. Makan nasi xpyh lauk lain... it ...
dilaOHdila replied at 22-10-2023 12:41 AM
Mamason Back Home
Welcome mama
Mamason replied at 22-10-2023 12:25 PM
Hahahaha busy darlimmm... kdg2 intai2 thread lain jugak .. ngikuti isu semasa kate oghang yek.
At ...
dilaOHdila replied at 26-10-2023 09:21 AM
Geram ler nengok ikan puyu tu mama
kat bangi payah nak cari
lau balik kg Tgkarang ada ler kut deme ...
dilaOHdila replied at 26-10-2023 09:21 AM
Geram ler nengok ikan puyu tu mama
kat bangi payah nak cari
lau balik kg Tgkarang ada ler kut deme ...
Mamason replied at 29-10-2023 09:10 AM
Komeee... try ikan puyu masak tempoyak komee... aje ngan sedap!!
Hahahah kasi racun pepagi hari ...
Mamason replied at 29-10-2023 09:03 AM
Abg ipo teman orang tanjung karang.. aje handei bebeno mukat ikan... mancing.. menjala .. uish tgn ...
dilaOHdila replied at 30-10-2023 10:44 AM
tu lah tu mama
rupanya macam macam menu boleh dimasaknya ikan puyu nih
dalam pala ni asei ika ...
dilaOHdila replied at 30-10-2023 10:48 AM
alhamdulillah...
moga ikatan ukhwah masih kekal erk mama (love)
ADVERTISEMENT